Tuesday, October 27, 2015

Perosak-perosak tanaman di laman rumahku.

Siput babi/Achatina fulica

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Seperti kebiasaannya, rutin harianku iaitu menyiram & membelek bunga2an & tanaman2 di laman rumahku, namum semenjak dua menjak ini, kuperasan bahawa perosak2 tanaman mulai berminat untuk menganggu keindahan bunga-bungaan dan tanaman-tanaman di laman rumahku, antara yang paling banyak menyerang adalah siput babi, lintah bulan, ulat beluncas, bena, kutu aphid & belalang. Common parasite yg sungguh mengeramkan.

Daun bunga bakawali yg menjadi mangsa serangan lintah bulan.

Anak pokok bunga marigold antara menu kegemaran siput babi.
Anak sawi di dalam pasu turut menjadi mangsa serangan siput babi.

Anak sawi yang rosak.
Pada mulanya kupindahkan anak-anak sawi yang kusemai ke batas, oleh kerana serangan yang teruk oleh siput-siput babi ini, maka kupindahkan separuhnya ke pasu dan kuletak berhampiran dengan beranda rumah, kusangkakan siput-siput ini tidak akan menganggu, namum sangkaanku meleset sungguh apabila anak-anak sawi di dalam pasu di beranda rumah turut diserang. Selalunya apabila kuterserempak dengan siput-siput ini, kebiasaannya di awal pagi, aku akan mengutipnya lalu kubuang jauh-jauh. Oleh kerana hanya sedikit sahaja yang menonjolkan diri, maka aku pun mengambil keputusan untuk meracun sahaja siput-siput ini, walaupun sebenarnya aku tak suka sangat dengan racun-meracun ni.

Apabila sahaja kutaburkan racun-racun siput, pada keesokan harinya, sebanyak 15 ekor siput babi dan siput perang mati tergolek kerna memakan racun-racun yang kutaburkan.

Antara siput-siput babi yang mati diracun.
Setakat ini seranggan siput telah dapat dikurangkan, namun seranggan serangga perosak lain turut merimaskanku terutamanya ulat-ulat beluncas. Aku amat suka melihat rama-rama dan kupu-kupu berterbangan, namum perasaan risau juga turut bersatu, kerana apabila ada rama-rama dan kupu-kupu ini datang sudah pasti serangga-serangga ini akan turut meninggalkan zuriat-zuriatnya di celah-celah dedaun.

Daun pokok lemon yang menjadi serangan ulat beluncas.

Ulat beluncas "Giant Swallowtail"  yang selalu menyerang daun pokok citrus.

Ulat-ulat beluncas kupu-kupu "Giant Swallowtail"
Ulat-ulat beluncas juga turut menyerang tanaman-tanaman di laman rumahku, kebiasaannya aku akan mengutip ulat-ulat tersebut dan akan kubuangkan jauh dari laman rumah. Tak sanggup aku melenyekkan ulat-ulat ini, seperti saranan seorang jiranku dahulu. Teringat aku kata-kata makcik Ratnah "Kalo makcik, makcik lenyek-lenyekkan je ulat-ulat tu"..lucu juga bila teringatkan kata-kata makcik Ratnah tu & sebenarnya aku geli tengok ulat yang lenyek dan aku memang tak sanggup nak melenyekkan ulat-ulat ini hehe..

Daun pudina yang rosak akibat serangan ulat beluncas hijau.

Pokok pudinaku rosak teruk akibat serangan ulat dan belalang.

Serangan ulat beluncas pada daun pokok bunga seri kelambu.

Daun bunga seri kelambu merah jambu yang turut diserang ulat beluncas hijau.

Aphid hitam pada daun ati-ati.

Serangan aphid hitam menyebabkan daun ati-ati rosak dan kering.
Seranggan-seranggan serangga dan haiwan moluska padaku memang sesuatu yang common juga, namun jarang sekali kulat/fungus menyerang pokok-pokok yang kutanam, pengalaman yang agak baru juga bagiku. Bulan lepas aku agak teruja untuk menanam pokok tin, lalu kubeli 2 keratan tut pokok tin, dan dalam beberapa minggu sahaja salah satu daripada keratan tut yang kubeli mulai layu dan akhirnya mati, pabila kucabut keratan tersebut, ternyata terdapat serangan kulapuk/fungus berwarna putih menyerang bahagian akar. Memang agak memfrustkan jugak, bila mengenangkan harga sekeratan tut pokok tin bukannya murah huhu, takpelah takde rezeki la namanya, harap-harap yang sepokok lagi ni akan tumbuh membesar & sihat.

Pokok tinku dalam kenangan.

Kulapuk putih menyerang akar pokok tin.
Terfikir juga apakah yang menyebabkan kulapuk putih ini menyerang akar pokok tin? adakah disebabkan oleh tanah yang terlalu lembab? hmmm...nampaknya ku perlu lebih info lagi berkenaan dengan penanaman pokok tin ini. Ada sesiapa yang punya info/idea/petua tentang cara membasmi perosak-perosak tanaman ini? sila kongsikan idea...

Thanks for reading...

Thursday, October 8, 2015

Small Wild Morning Glory...So Cute :)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bunga seri pagi liar yang comel.
Salam Jumaat....minggu ini, hujan turun agak kerap juga di daerah Pontian & jerebu nampaknya telah semakin berkurang & mentari telahpun memancarkan sinarnya dgn lebih garang hehe.. seperti biasa jugaku melakukan perkara rutin bagiku iaitu menangkap gambar2 flora dan fauna terutamanya bunga2 di laman rumahku, tetapi kali ini pula ketika berjalan2 di sekitar kawasan perumahanku ini, berhampiran dengan kebun sayur jiran yang sedikit terbiar, kulihat sekelompok bunga seri pagi liar sedang berkembang, apa yang menarik perhatianku adalah kecomelan bunga ini yang berkembang begitu indah di waktu pagi, menjalar di sana sini pada pokok2 roselle & cili padi tanpa diperdulikan tuan punya kebun hihi...

Oleh kerana kurangnya info berkenaan dengan bunga seri pagi ini, aku pun membuat carian melalui internet apakah gerangan namanya bunga liar yang comel ni, & aku sedikit confuse, samada bunga ini adalah Ipomoea x leucantha atau Ipomoea triloba (opsss....tak mungkin ini adalah
Aeia 'Tiny Bell) sebab kelopak bunga tak bujur tetapi sedikit bulat hihi... ada siapa2 boleh tolong kenalpasti? thanks...


Menjalar bebas di pokok cili padi.

Menjalar di pokok roselle.


Di bahagian hadapan jalan ke kebun jiran pula, kelibat bunga cypress Vine merah tumbuh dengan begitu subur sekali, suka sangat kutengok rimbunan bunga2 kecil cypress vine merah ini, tumbuh liar tanpa diperdulikan sesiapa.

Rimbunan Cypress Vine tumbuh meliar.


Bunga yang sungguh menarik.

Biji benih free hehe...
Memang agak seronok juga sekali skala jalan2 sambil menangkap gambar2 bunga2an liar ini, sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Kuasa...

Thanks for reading...have a great day...



Saturday, September 19, 2015

Dedaun Vs Bunga.

"Pagi yg gelap kini sudah terang"..Assalamualaikum buat semua pembaca & pengunjung blog ini, nampaknya dah bersawang2 dah blog ni, lama sangat tak update huhu..hehe awal2 pagi lagi dahku nyanyikan lagu yg pernah popular satu masa dahulu, Nyanyian kumpulan Hujan, Pagi tadi cuaca agak mendung, hujan telahpun turun semalam, ku mengharapkan agar hujan turun lagi & membersihkan udara Pontian yg sedang berjerebu ini.

Marigold & Ati2 kegemaranku.
Kini telah hampir 2 bulan lebih kami sekeluarga berpindah,& berpindah rumah merupakan sebuah pengalaman yang sukar dilupakan :P, espcially time mengangkat pasu2 bunga utk dimasukkan ke dlm lori, Syukurlah bkn aku yg memasukkan pasu ke dalam lori, aku hanya mengangkat pasu2 bunga kesayanganku bersama2 dgn suami manakala pakcik lori menyusun bunga2 di dlm lori. Fuh...1 pengalaman yg teramat amat memenatkan haha..

Memang mengambil masa yg agak lama juga utkku mengemaskkan bunga2 di laman rumah, kerna aku meletakkan priority utk mengemas rumah terlebih dahulu, kemudian ke laman rumah, disebabkan hal itu ada di antara pokok2 bunga & tumbuhan hiasanku yang mati...& yg paling banyak menjadi korban adalah pokok ati2 sob...sob...sob... Seingatku ketika mula2 berpindah dahulu, pokok ati2 yg telah berjaya kutanam telahpun mencecah 50 jenis...memang berbunga2lah hatiku, target untuk mencapai jumlah penanaman ati2/coleus telahpun tercapai...syukur Alhamdulillah..Namun semuanya tinggal kenangan.

Rimbunan Pokok ati2/coleus yang pernah kutanam.
Coleus "Black Dragon" yg pernah menceriakan laman rumahku.
Ati2 "Dr. Wu" yang tak sempat nak replant & telahpun pupus dr laman...sayang sungguh..
Oleh kerana perhatian yg lebih terhadap tanaman hias jenis dedaun, ketika menyusun2 pasu2 bunga di laman rumahku, baruku perasan yg tiada sebarang kelibat lebah madu, serangga kegemaranku, hanya  beburung & rama2 sahaja yang selalu muncul, terfikir juga macam manalah caranya nak attract lebah utk datang ke laman rumah, sedangkan pokok2 yg mengeluarkan bunga amatlah sedikit hehe...

Semaian anak pokok ati2.
Namun, walaupun jumlah pokok2 bunga di laman rumahku tidaklah mampu menarik perhatian lebah2 madu, kelibat burung kelicap lebah selalu saja kelihatan menghisap madu2 bunga, memang amat sukar bagiku utk menangkap gambar burung2 ini, kerna setiap kali aku nak snap gambar burung ini pasti akan terbang, mcm ada sensor plak. Syukurlah pada pagi tadi dapat juga kutangkap gambar seekor burung kelicap lebah sedang menikmati madu bunga kembang bugang, pembelian dari kak Diana kebun Bahagia Bersama suatu ketika dahulu.

Burung kelicap lebah bukit/Olive backed sunbird/Nectarinia jugularis
Memang agak menyeronokkan juga melihat burung2 kelicap lebah ini, hinggap dari bunga ke bunga untuk menghisap madu, sungguh seronok melihat cara penerbangan burung ini yang begitu unik. Satu2nya burung yang terbang umpama serangga & boleh terbang mengundur terutama sekali ketika menghisap madu. SubhanAllah...

Dalam minggu ini juga, bunga kaliandra merah/Powder puff telahpun mengeluarkan bunganya dgn meriah sekali, sungguh tak kusangka, Ditanam dari biji benih (beli dari Kak Diana Kebun Bahagia Bersama) 3 tahun yg lalu, ini adalah kali ke-3 pokok bunga kaliandra ini berbunga, namun sebelum ini, bunganya taklah selebat ini. Syukur Alhamdulillah, & yg paling menarik perhatianku adalah burung kelicap lebah bukit, amat sukakan bunga ini (dah banyak kali kucuba utk tangkap pic si Kelicap lebah di bunga Kaliandra ni, tapi asyik fail je huhu)


Bunga Kaliandra merah/powder puff/Calliandra
Seingatku ketika mula2 berpindah ke kejiranan ini, seorang pakcik yang agak peramah telahpun menegurku, ketika aku sedang mengemas2 pokok2 bungaku. Friendly jugak pakcik ni, nampaknya dia juga mempunyai minat menanam pokok2 bunga, Cerita punya cerita tetiba plak pakcik tu cakap, banyak ye tanam, tanaman berdaun2 ni, dr awak tanam bunga daun2 ni baik lagi awak tanam sayur, ..." Aku hanya tersenyum & berkata dlm hati, "Minat masing2 pakcik" & beberapa hari pastu, aku dah mula menyemai benih sawi hihi...

Dalam beberapa bulan lepas, aku dah mula terminat lagi dengan sejenis tanaman hias jenis dedaun iaitu "Calathea", menyebabkan aku mula menggumpul tanaman hias jenis ini. Sejuk je mata memandang kecantikan calathea ini.

Calathea "Pavonii"
Tanaman hias Calathea, tak tahu pula apa nama tumbuhan ni dalam bahasa Melayu? memiliki daun yang sangat dekoratif, membuatkanku jatuh cinta dgn keunikannya & ingin menggumpul koleksi calathea ini, setakat yg termampu hehe..

Calathea "Lancifolia" kesayanganku.
Nampaknya, bila difikirkan kembali, lepas ni nak kena seimbangkanlah jumlah tanaman hias di laman rumahku ini, harap2 lepas ni adalah kelibat si lebah madu, rindu juga dgn serangga yg pernah menjadi tetamu di awal pagi dahulu...

Thanks for reading...selamat berhujung minggu....



Wednesday, April 22, 2015

Oh Goji berryku....

Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 setengah tahun kutanam pokok ini melalui keratan batang yang dibeli daripada seorang penjual online, hari yang dinanti-nanti pun tiba, kerana pokok goji ini telahpun mengeluarkan putik bunga, namun penantianku yang menyangkakan bahawa pokok ini adalah pokok goji, fade away kata mat salleh hehe...kerana pokok yang kusangkakan pokok goji, bukanlah pokok goji tetapi pokok bunga ASYTASIA GENGETICA ACANTHACEAR..... Lucu juga bila teringatkan kata-kata emak setelah menerima keratan drp pokok ini yang kuposkan (setahun lepas) emakku menyatakan bahawa keratan batang pokok goji ini dan daunnya mirip sangat dengan batang & daun rumput israel yang banyak tumbuh meliar di dalam semak, aku pula dgn slamba je cakap pada emakku yang mungkin ini adalah goji berry jenis lain, bukan kopi goji berry yang biasa dilihat di peket minuman kopi goji segera  tu hihi...nampaknya kata-kata emak memang betul oooh malunya...:p

Pokok bunga Asytasia Gengetica.
Daun.
Kudup bunga yang belum berkembang.
Bunganya yang tetap cantik menawan...suka kutengok warna ungu tu hehe...
Nampaknya aku telahpun secara tidak sengaja menanam bunga ini, walaupun kusangkakan ianya adalah pokok goji berry, tetapi bagiku pokok bunga asytasia ini tetap memikat, disamping bunganya yang sedikit besar drp bunga Asytasia Intrusa yg juga turut menghiasi laman rumahku. Kini aku telahpun memiliki 2 jenis bunga jenis asytasia ini, mungkin kalo ada rezeki nak juga kutambah lagi jenis bunga asytasia yang lain..tak termasuk bunga rumput israel hehe...

Thanks for reading...

Friday, March 27, 2015

Bunga dalam semak...


Assalamualaikum & salam Jumaat...

Pagi tadi ketika menyiram bunga-bungaan dan tanam-tanaman di laman rumah, tiba-tiba mataku terpandangkan bunga yang dah lama tak mengihiasi laman rumahku, dah beberapa bulan benih-benih bunga ini kusimpan & tidak ditanam. Bila melihat sekuntum bunganya kembang mekar tumbuh subur bersama-sama rumput, perasaan nak tanam bunga ini muncul kembali.

Bunga seri pagi "Chocolate Rose Silk" tumbuh subur di atas tanah.


Kuat juga semangat si morning glory ni tumbuh sendiri tanpa perlu dicambahkan, Maha suci Allah...

Sebenarnya aku terfikir juga, dari manalah datangnya benih bunga ini, selamaku menanam bunga ini, tak pernah pula aku mencampak benih bunga ini di dalam semak, dan kesemua bunga seri pagi yang kutanam adalah di dalam pasu di beranda rumah. Mungkin jugalah anak-anakku yang mencampakkan benih bunga ini, sebab mereka berdua rajin menolongku menyiram bunga.. :)
Lepas ni nak pindahkanlah bunga ni dalam pasu...cantik pula dipandang hehe....thanks for reading :)

Wednesday, March 25, 2015

Rumpai Gegiring/Rattlepod plants.

Assalamualaikum...

Awal tahun ni seingat aku, suamiku pernah bertanyakan tentang sejenis tumbuhan liar yang masih kecil yang tidak diketahui namanya sedang tumbuh subur di laman tepi rumah. Suamiku memang selalu bertanya jikalau tumbuh-tumbuhan tersebut bukan jenis rumput rumpai yang biasa dipotongnya samada anak pokok tumbuhan tersebut boleh dipotong ataupun tidak, aku segera memberitahunya bahawa jangan dipotong dahulu, kerana berkemungkinan tumbuhan tersebut adalah sejenis herba..beberapa bulan kemudian munculah 3 pokok tumbuh dengan subur. Tumbuhan ini memang sering juga kujumpa di kampungku dan banyak tumbuh meliar di kawasan semak.

Rumpai Gegiring/ Rattlepod plants/ Smooth Rattlebox plants/ Clotalaria pallida

Setelah membuat carian melalui internet, Syukur Alhamdulillah... akhirnya dapatlah jua kuketahui nama sebenar tumbuhan liar ini, iaitu rumpai Gegiring (rujuk kamus Dewan Bahasa), ataupun maybe ada nama lain? boleh share2kan info..thanks...

Sebenarnya memang selalu kutemui rumpai gegiring atau "Rattlepod" ini di kampungku, ketika masih kanak-kanak dahulupun aku dan kawan-kawanku pernah menjadikan buah kacang gegiring ini sebagai alat permainan kerana buahnya yang telah matang akan mengeluarkan bunyi gemeretak apabila digoncang. 

Rumpai dari family Fabaceae (kekacang) ini memang lazim tumbuh di kawasan-kawasan semak, dan kadangkala boleh ditemui di tepi-tepi jalan. Sejenis rumpai yang boleh diketegorikan sebagai tumbuhan herbaceous, kerana memiliki batang tegak separa berkayu dan berbulu. Berketinggian sehingga 2meter. Tumbuhan ini berasal dari negara Afrika, India, China & Asia Tenggara. Memiliki bunga berwarna kuning berbentuk seperti bunga kacang pea, memiliki kelopak yang berjalur-jalur merah serta tumbuh sekelompok menerusi batang bunga yang memanjang di bahagian atas.

Bunga rumpai gegiring.

Oleh kerana rumpai gegiring ini adalah daripada keluarga kekacang, maka daunnya juga memiliki ciri yang hampir sama dengan daun kekacang yang lain iaitu berdaun majmuk, trifoliat, susunan berselang seli, bersaiz sederhana, berbentuk bujur dengan hujung membulat. 

Daun rumpai gegiring.

Buah rumpai gegiring pula berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada coklat pucat ketika telah tua dan akan mengeluarkan bunyi bergemeretak oleh kerana bijinya mudah tanggal apabila telah matang, dari bunyi gemeretak pada buah yang matang inilah rumpai ini digelar "Rattlepod". Saiz kantung buah adalah di antara 3 hingga 4.5cm, memiliki 20-55 biji benih di dalam setiap kantung/pod buah. 

Buah rumpai gegiring

Menurut sumber daripada Lee Kong Chian Natural History Museum, Bunga rumpai gegiring ini dimakan sebagai sayur-sayuran di Kemboja. Biji rumpai gegiring pula akan dipanggang dan diperam untuk dijadikan kopi. Di Vietnam pula, akar rumpai gegiring ini kadangkala akan dikunyah bersama-sama dengan buah pinang. Di dalam perubatan tradisional tumbuhan ini digunakan untuk merawat masalah kencing dan demam. Akar rumpai gegiring juga berfungsi untuk merawat bengkak sendi iaitu dengan menumbuk lumat akar tersebut lalu ditampalkan pada bahagian sendi yang bengkak.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumpai gegiring ini. Silalah klik:
1) Crotalaria pallida
2) Crotalaria pallida Edible Uses
3) Kamus Dewan-Rumpai Gegiring