"Pagi yg gelap kini sudah terang"..Assalamualaikum buat semua pembaca & pengunjung blog ini, nampaknya dah bersawang2 dah blog ni, lama sangat tak update huhu..hehe awal2 pagi lagi dahku nyanyikan lagu yg pernah popular satu masa dahulu, Nyanyian kumpulan Hujan, Pagi tadi cuaca agak mendung, hujan telahpun turun semalam, ku mengharapkan agar hujan turun lagi & membersihkan udara Pontian yg sedang berjerebu ini.
|
Marigold & Ati2 kegemaranku. |
Kini telah hampir 2 bulan lebih kami sekeluarga berpindah,& berpindah rumah merupakan sebuah pengalaman yang sukar dilupakan :P, espcially time mengangkat pasu2 bunga utk dimasukkan ke dlm lori, Syukurlah bkn aku yg memasukkan pasu ke dalam lori, aku hanya mengangkat pasu2 bunga kesayanganku bersama2 dgn suami manakala pakcik lori menyusun bunga2 di dlm lori. Fuh...1 pengalaman yg teramat amat memenatkan haha..
Memang mengambil masa yg agak lama juga utkku mengemaskkan bunga2 di laman rumah, kerna aku meletakkan priority utk mengemas rumah terlebih dahulu, kemudian ke laman rumah, disebabkan hal itu ada di antara pokok2 bunga & tumbuhan hiasanku yang mati...& yg paling banyak menjadi korban adalah pokok ati2 sob...sob...sob... Seingatku ketika mula2 berpindah dahulu, pokok ati2 yg telah berjaya kutanam telahpun mencecah 50 jenis...memang berbunga2lah hatiku, target untuk mencapai jumlah penanaman ati2/coleus telahpun tercapai...syukur Alhamdulillah..Namun semuanya tinggal kenangan.
|
Rimbunan Pokok ati2/coleus yang pernah kutanam. |
|
Coleus "Black Dragon" yg pernah menceriakan laman rumahku. |
|
Ati2 "Dr. Wu" yang tak sempat nak replant & telahpun pupus dr laman...sayang sungguh.. |
Oleh kerana perhatian yg lebih terhadap tanaman hias jenis dedaun, ketika menyusun2 pasu2 bunga di laman rumahku, baruku perasan yg tiada sebarang kelibat lebah madu, serangga kegemaranku, hanya beburung & rama2 sahaja yang selalu muncul, terfikir juga macam manalah caranya nak attract lebah utk datang ke laman rumah, sedangkan pokok2 yg mengeluarkan bunga amatlah sedikit hehe...
|
Semaian anak pokok ati2. |
Namun, walaupun jumlah pokok2 bunga di laman rumahku tidaklah mampu menarik perhatian lebah2 madu, kelibat burung kelicap lebah selalu saja kelihatan menghisap madu2 bunga, memang amat sukar bagiku utk menangkap gambar burung2 ini, kerna setiap kali aku nak snap gambar burung ini pasti akan terbang, mcm ada sensor plak. Syukurlah pada pagi tadi dapat juga kutangkap gambar seekor burung kelicap lebah sedang menikmati madu bunga kembang bugang, pembelian dari kak Diana kebun Bahagia Bersama suatu ketika dahulu.
|
Burung kelicap lebah bukit/Olive backed sunbird/Nectarinia jugularis |
Memang agak menyeronokkan juga melihat burung2 kelicap lebah ini, hinggap dari bunga ke bunga untuk menghisap madu, sungguh seronok melihat cara penerbangan burung ini yang begitu unik. Satu2nya burung yang terbang umpama serangga & boleh terbang mengundur terutama sekali ketika menghisap madu. SubhanAllah...
Dalam minggu ini juga, bunga kaliandra merah/Powder puff telahpun mengeluarkan bunganya dgn meriah sekali, sungguh tak kusangka, Ditanam dari biji benih (beli dari Kak Diana Kebun Bahagia Bersama) 3 tahun yg lalu, ini adalah kali ke-3 pokok bunga kaliandra ini berbunga, namun sebelum ini, bunganya taklah selebat ini. Syukur Alhamdulillah, & yg paling menarik perhatianku adalah burung kelicap lebah bukit, amat sukakan bunga ini (dah banyak kali kucuba utk tangkap pic si Kelicap lebah di bunga Kaliandra ni, tapi asyik fail je huhu)
|
Bunga Kaliandra merah/powder puff/Calliandra |
Seingatku ketika mula2 berpindah ke kejiranan ini, seorang pakcik yang agak peramah telahpun menegurku, ketika aku sedang mengemas2 pokok2 bungaku. Friendly jugak pakcik ni, nampaknya dia juga mempunyai minat menanam pokok2 bunga, Cerita punya cerita tetiba plak pakcik tu cakap, banyak ye tanam, tanaman berdaun2 ni, dr awak tanam bunga daun2 ni baik lagi awak tanam sayur, ..." Aku hanya tersenyum & berkata dlm hati, "Minat masing2 pakcik" & beberapa hari pastu, aku dah mula menyemai benih sawi hihi...
Dalam beberapa bulan lepas, aku dah mula terminat lagi dengan sejenis tanaman hias jenis dedaun iaitu "Calathea", menyebabkan aku mula menggumpul tanaman hias jenis ini. Sejuk je mata memandang kecantikan calathea ini.
|
Calathea "Pavonii" |
Tanaman hias Calathea, tak tahu pula apa nama tumbuhan ni dalam bahasa Melayu? memiliki daun yang sangat dekoratif, membuatkanku jatuh cinta dgn keunikannya & ingin menggumpul koleksi calathea ini, setakat yg termampu hehe..
|
Calathea "Lancifolia" kesayanganku. |
Nampaknya, bila difikirkan kembali, lepas ni nak kena seimbangkanlah jumlah tanaman hias di laman rumahku ini, harap2 lepas ni adalah kelibat si lebah madu, rindu juga dgn serangga yg pernah menjadi tetamu di awal pagi dahulu...
Thanks for reading...selamat berhujung minggu....