Hempedu bumi/Akar Cerita/Sambiloto/Andrographis paniculata/King of bitter/Chuan Xin Lian/KanJan/Kalmegh |
Daun hempedu bumi |
Awal tahun ini, aku mula perasan pada mulanya hanya terdapat sepokok sahaja hempedu bumi yg tumbuh berhampiran dgn pasu2 bunga ati2ku. Kubiarkan sahaja pokok tersebut & beberapa bulan lepas pokok2 ini sudah mula membiak dgn cemerlang, sekarang terdapat 5 btg pokok hempedu bumi sederhana besar tumbuh meliar d laman rumah, namun kubiarkan sahaja (pic di atas adalah pokok hempedu bumi yg menumpang dlm pasu pokok lidah buaya, yg sangat subur)
Aku amat tertarik dgn bunga2an hempedu bumi yg bentuknya seakan2 bunga Lobelia, tetapi bunga hempedu bumi lebih kecil, comel, berwarna putih & mempunyai tompok serta garis2 berwarna maroon pada kelopaknya.
Bunga Hempedu bumi. |
Melalui sedikit pembacaan, pokok hempedu bumi banyak dijumpai di India & Thailand. Tumbuhan herba ini mudah diperolehi di sekitar rumah, longkang, & kawasan semak samun bertanah gambut.
Hempedu bumi merupakan herba semusim yg tumbuh secara menegak, & boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70cm.
Hempedu bumi tumbuh di tepi longkang. |
Cara2 Pengunaan hempedu bumi.
1) Untuk menyembuhkan luka, tumbuk daun hempedu bumi sehingga lumat & tempelkan pada luka.
2) Untuk merawat bekas gigitan serangga bolehlah dihancurkan beberapa helai daun hempedu bumi & sapukan pada bekas gigitan itu.
3) Air rebusan daun hempedu bumi diminum utk menurunkan tekanan darah tinggi & merawat kencing manis. Namun dos standard air rebusan daun hempedu bumi yg boleh diambil setiap hari adalah secawan (250ml) setiap kali & sebanyak 3 kali sehari.
Anak pokok hempedu bumi. |
Elakkan juga menggunakan herba ini ketika mengandung atau masih menyusukan anak bagi kaum wanita, kerana hempedu bumi boleh merendahkan paras kesuburan pada manusia termasuk juga lelaki :)
Info mengenai hempedu bumi:
1) http://www.ridzalmersing.com/tanaman-herba/khasiat-pokok-hempedu-bumi.html
2) http://animhosnan.blogspot.com/2013/12/hempedu-buni-sambiloto.html
Pernah dengar cerita hempedu bumi ni,,,tapi belum pernah tanam dan minum airnya...
ReplyDeleteKengkadang Kak pokok hempedu bumi ni, kita x payah tanam pun, pokok ni boleh tetiba je tumbuh dkt laman or pasu bunga kita, air rebusannya memang pahit kak :)
DeletePahit itu ubat. Siapa yg tahan Pahit bolehkah minum air teh hempedu bumi. Kalau tak, keringkan daun, kisar dan isi dlm kapsul. Kalau nak cepat lagi, ambil 1 helai daun besar atau 3 daun sederhana besar, cuci & lap kering, hiris halus & masukkan ke dlm kapsul. Memang mujarab kalau rasa mcm nak demam, selesema & batuk. Tapi yg tekanan rendah, jaga2 sbb ia boleh turunkan tekanan.
ReplyDeleteThank you so much utk info ni Tiny Gardener, very usefull, utk alternatif kpd air rebusan hempedu bumi ni...
DeleteKak tanam sekali je pokok ni, selebihnya dia tumbuh sendiri merata tempat. Senang membiak pokok ni.
ReplyDeleteKakak memang "green finger" :) untungnya kakak, Julie tanam x menjadi, pastu tumbuh plak sendiri, ntah benihnya pun Julie x tahu datang dari mana?
Deletepokok ni byk tumbuh kat laman kami...ingatkan weed...tak sangka pulak ia herba berharga!
ReplyDeletetq julie
Welkem kak @na, memang herba ni senang tumbuh secara semulajadi, tapi bila Julie tanam x pula menjadi hihi
Deleteini pun spesis herba pahit jugak ni,,,nama pun lagi hempedu..kalau try boleh compare la dgn akar seruntun/patawali.
ReplyDelete2x5 je rasanya tu kotzz, sebab Julie pernah try rasa daun hempedu bumi ni...wow...memang sangat pahit sis..Julie belum pernah try lagi patawali. ada rezeki nak juga rasa kepahitan patawali tu hehe...
DeleteTak larat dah nak cabut hempedu bumi ni Julie sakit tangan tukang kebun. Tiap minggu asyik nak cabut dia.
ReplyDeleteBila dh tumbuh banyak sangat d kebun mmg dh consider weed la tu kak, mmg lenguh cabut pokok tu, akarnya kuat mencengkam tanah hehe
Deletekalau utk kita cegah kencing manis..boleh amalkan ke daun hempedu bumi ni?
ReplyDeleteMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
ReplyDelete..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring