Sunday, July 20, 2014

Bunga Ajuga Aunt Emma :)

Assalamualaikum & Salam ramadhan...

Ajuga reptans/ bugle/ blue bugle/ bugleherb/ bugleweed/ carpetweed/ carpet bungleweed/ common bugle - pic by Aunt Emma.

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi buat kesekian kalinya,  Aunt Emma dgn baik hatinya memberikan aku anak2 pokok bunga sebagai perkongsian, begitu juga dgn benih2 bunga matahari & alamanda dr Kak Mala, gembira sungguh hatiku, rezeki di kala Ramadhan :) Terima kasih banyak2 Aunt Emma & Kak Mala, semoga luas & berkatlah rezeki mereka berdua. 

Bunga yg paling ku sukai dlm banyak2 anak2 pokok & bunga2 yg diberikan Aunt Emma, adalah pokok bunga Ajuga "Bronze beauty" yg begitu menawan pada pendapatku (ketika mula mengenali bunga ini, kusangkakan pokok bunga ini adalah sejenis lavender :p). Sebelum ini aku pernah juga menanam bunga ini, tetapi hanya bertahan selama 6bulan akibat ter'over' siram & kali ini pokok bunga ajuga ini akan kujaga dgn lebih baik lagi :).

Ajuga merupakan tanaman herba berbunga yg berasal dr Eropah. Digunakan secara tradisional sbg teh utk merawat gangguan saluran pernafasan oleh masyarakat Austria. Terdapat pelbagai variasi warna pada bunga ajuga ini spt putih & merah jambu tetapi warna yg paling lazim ditemui adalah biru keungguan spt bunga ajugaku ini :). Warna bagi daunnya pula turut pelbagai, ada yg berwarna hijau, gangsa & juga ungu.


Secara umumnya kebanyakan jenis ajuga hanya mencapai ketinggian sehingga 6-9 inci apabila telah matang. Pembiakan tanaman herba ini adalah melalui keratan batang & juga sulur. Sulur mudah utk dialihkan drp pokok induk utk dibiakkan ketika masih kecil. 

Ajuga juga merupakan sejenis tumbuhan yg sesuai digunakan sbg tanaman pengawal hakisan kerana ia mempunyai sistem akar yg luas & mencengkam. Ajuga adalah dari keluarga pudina, yg mempunyai kadar pertumbuhannya yg cepat.

Ajuga "Bronze Beauty" pemberian Aunt Emma.



Friday, July 11, 2014

Buah Karamunsingku masak sudah :)

 
Buah karamunsing di laman rumahku :)
Alhamdulillah syukur, akhirnya dapat juga ku menikmat kemanisan rasa buah karamunsing (gelaran org kampungku) aka pokok kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) ini, setelah hampir 3bulan menunggu buahnya masak, entry mengenai pokok karamunsingku yang telahpun berbunga ini telahpun kupostkan pada hujung bulan Mac lalu, tetapi semenjak hari tu x pernah buahnya masak, asal je hampir nak masak mesti hilang, kulihat kalo buat karamunsing tu x menjadi, @ gugur sebelum masak kenapa x buah yang gugur atas laman? musykil jugak? maybe adalah makhluk Allah yang comel2 tu dah ambil, & kali ini syukurlah rezeki buatku pada bulan ramadhan ini, dapat jugak menikmati kemanisan buah karamunsing buat pertama kali semenjak 18tahun yang lalu.... :)  


Wednesday, July 2, 2014

Menghalau Semut...

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kpd semua umat Islam, nampaknya sdh 5 hari kita menunaikan ibadah puasa, semoga ibadah kita ini diterima & mendpt keredhaan Allah SWT. 

Beberapa Minggu yg lalu, ketika mengalihkan pasu2 bunga ke tempat baru, tanpa kusedari aku telahpun memindahkan sebuah pasu yg telahpun diduduki oleh sekoloni semut merah yg x berbisa (bukan semut api) menyebabkan koloni semut tersebut lari bertempiaran menyelamatkan telur2 mereka, & beberapa hari selepas itu, semut2 tersebut telahpun berhijrah & membuka kerajaan baru berhampiran dgn dapur rumah & sekaligus menjadikan kawasan dapur rumahku sebahagian drp tempat utk mencari makanan.

peningku lihat semut2 tersebut marching di dinding rumah, di lantai & kadangkala menghurung tong sampah di dapur & juga sisa2 makanan yg terjatuh di lantai, situasi yg paling menghairankan aku adalah dlm bilik air pun ada semut yg marching di dinding. Tanpa berfikir panjang aku terus membeli semburan aromatherapi wangian pandan drp seorang sahabat, memang bagus semburan tersebut, sangat efektif utk menghalau semut disamping wangiannya yg semerbak harum. Tapi bila difikirkan semula kata2 suami apasal x cuba buat semburan penghalau semut sendiri, banyak juga petua2 yg boleh dipraktikkan, bagiku kata2 suami sangatlah benar, jimat sikit belanja, jimat $$$....

Aku lantas men"goggle" utk mencari petua bagi menghalau serangga ini, & memang bermacam2 yg kujumpa, & yg paling best & mudah adalah dengan hanya membuat "TEH CENGKIH" yg pada asalnya adalah semburan aromateraphy drp bunga2an tetapi kuubah sikit menjadi semburan menghalau semut, lagipun aku memang berminat sangat dgn wangian rempah ratus esp cengkih.
 
Semburan Kayu manis & cengkih.
Bahan2 utk membuat semburan penghalau semut ini memang mudah sangat, just guna 200ml air panas  utk 30 biji cengkih @ nak guna kayu manis 3btg pun boleh, letak dlm cawan tahan panas, kemudian tutup & biarkan semalaman. selepas itu masukkan je adunan teh cengkih/kayu manis dalam bekas penyembur & bolehlah digunakan utk menghalau semut, esp semut2 yg tgh marching d dinding rumah. Selamat mencuba :)