Sunday, March 30, 2014

Bunga Pentas (Pentas Lanceolata) si Bunga Bintang...

Bunga Pentas Merah.

Ketika berjalan2 ke salah satu nursery di Pekan Nanas, dengan tujuan utk mencari dan menambah koleksi pokok bunga vinca tetiba ku terpandang sekelompok bunga yang begitu menarik perhatianku kerana bentuk bunganya yang seakan-akan bunga jejarum tetapi bunga jejarum hanya mempunyai 4 kelopak manakala kelopak bunga ini adalah 5 dan membentuk gugus bintang, membuatkan ku teringat kepada bunga Night Blooming Jasmine Kak Diana, kerana bunga jasmine itu juga berbentuk seperti bintang :). Setelah mendapatkan pokok2 bunga vinca, kuterus menuju ke kelompok bunga tersebut dan membeli sepasu yang berwarna merah, walaupun pada mulanya memang ku x tahu apakah nama pokok bunga ni. Setelah membuat carian di internet berulah ku tahu nama bagi bunga ini iaitu BUNGA PENTAS (Pentas Lanceolata) juga dikenali sebagai Egyptian Star Flower, Star Cluster atau juga disebut bunga bintang, warna bunga ini terdiri daripada pink cerah, pink pekat, ungu, merah dan  putih.

Bunga pentas di laman rumahku.
Bunga Pentas merupakan salah satu tanaman yang menjadi kegemaran rama2 & juga burung kelicap lebah untuk mendapatkan madu. Bunga ini boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang. Pokok bunga perlu diletakkan di kawasan yang terlindung daripada bahang mentari yang terik tetapi memerlukan cahaya mentari pagi. (bunga x tahan bahang matahari yang sangat terik terutama sekali pada waktu tengahari).


 

Bunga2 Pentas yang ingin kumiliki :)
Bunga Pentas "Dark Pink" sumber www.davesgarden.com

Bunga Pentas idamanku...sumber http://thinkernurserysarwan.indonetwork.co.id

More info tentang Bunga Pentas

Friday, March 28, 2014

Bunga Balsam aka Pacar Air kesayanganku :)

Impatiens balsamina/ Impatiens walleriana (garden balsam, garden jewelweed, rose balsam, kamantigi)

Salah satu daripada bunga2 kegemaranku adalah bunga balsam yang jenis renek ini. Bunga balsam yang jenis ini lebih mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang manakala saudaranya pula iaitu 1 lagi jenis balsam yang selalu ditanam dengan menggunakan biji benih tapi aku lagi berminat dengan pokok balsam jenis ini hehe...... Pokok bunga balsam ni pun samalah juga dengan pokok bunga kemunting cina jenis dwarfku, x tahan panas....Pokok bunga balsam ini kuperolehi daripada ibuku yang sememangnya telah lama mempromosi bunga balsam ini untukku tanam, Seingat aku arwah nenekku pernah memberitahu yang daun bunga balsam ni boleh digunakkan untuk mengubati penyakit kurap kuku. Hanya ambik daun bunga pacar air ni, hancurkan hingga lumat & bolehlah dipakaikan di kuku seperti memakai inai. Lakukan setiap hari sehingga sembuh :)....

Bunga2 balsam/pacar air di laman rumahku :)
Bunga Balsam Ungu.

Balsam Merah Jambu.

Bunga Balsam merah.



Tuesday, March 25, 2014

Bunga Karamunsing...

Bunga Kemunting.

Pagi ni cuaca agak cerah & seperti kelazimannya waktu2 aku akan mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan sambil membelek2 bunga2 di tepi rumah. Bila terpandang je pokok kemunting Syukur Alhamdulillah....dah kembang rupanya bunga2 pokok kemunting ini yang telah kutunggu2 since yesterday....


Pokok Kemunting ni menggamit kenangan zaman kanak2ku yang selalu je bermain2 dengan rakan2 di belukar belakang rumah yang dipenuhi dengan pokok kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) @ karamunsing (gelaran org kampungku). Bila ja pokok ni berbuah maka kanak2 akan berebut2 mengutip & makan buah ni,  memang sedap sangat time tu makan buah yang manis lagi percuma, tanpa pestisid hehehe....


Sapa2 yang berminat utk mendapatkan pokok kemunting bolehlah contact Kak Rose di semuamenjadi@gmail.com :)



Sunday, March 23, 2014

Bunga Kemunting Cina.


Bunga Kemunting Cina kesayanganku.
Syukur Alhamdulillah....setelah lebih kurang 2bulan lebih x hujan dengan cemerlang di daerah Pontian ni, akhirnya hujan pun jatuh bagaikan permata jernih mencurah2 jatuh dari langit....gembiranya hatiku melihat tanaman2 di sekeliling dibasahi jus dari langit ini. sekaligus berdoa agar hujan akan selalu2 le turun membasahi bumi ini.

Setelah hujan berhenti di waktu petang, sempat juga kujenguk pokok2 bunga kesayanganku terutamanya pokok bunga kemunting cina yang kuletakkan di tepi rumah dan terlindung dari kepanasan bahang mentari. Nampaknya bunga2ku ini pun x bermandi hujan, terpaksalah kusiram. Sengaja kuletakkan bunga2 ini di kawasan terlindung kerana, pernah sekali kuletakkan diluar, macam puteri lilin pulak bunga ni, x tahan panas, mungkin jenis ini yang x seberapa nak tahan panas kot????

Kemunting Cina Ungu.


Kemunting Cina Pink Muda.

Bunga Kemunting Cina merah kegemaranku.
Pernah kucuba untuk meletakkan kemunting cina jenis ini ada juga org sebut bunga ni bunga vinca, tapak dara, Rosy Periwinkle, direct to the sunlight, lama kelamahan pokok2 bungaku ini mcm x bersemangat, daun kekuningan, bunga mengecil & x berapa lebat. Jadi untuk menyelamatkan keadaan terpaksalah kuletakkan bunga ini di tempat teduh semula (hanya terkena cahaya matahari pagi) & pokok2 bunga kemunting cina ini telah pun kembali ceria seperti sediakala hehe....

Satu lagi jenis kemunting cina yang gagah perkasa, dari jenis major & memang tahan lasak, tahan bahang panas matahari, x seperti kemunting cina (seperti gambar2 di atas) senang nak tumbuh & jaga, batang pokoknya juga dapat mencapai ketinggian sehingga 100cm, boleh tumbuh liar & subur tanpa sebarang penjagaan.
Kemunting Cina Ungu jenis major.
Memang terdapat pelbagai khasiat pokok bunga kemunting cina ini, antaranya ialah ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit boleh rujuk ke sini dan yang pasti bunga ni memang cantik & dapat menceriakan halaman rumah kita :)