Friday, August 15, 2014

Orkid Tanah lagi...


Orkid Phillipine/Spathoglottis plicata

Ketika balik ke kampungku di Kinarut, Papar utk berhari raya baru2 ini, aku begitu terpesona dgn bunga2 di laman rumah emak. Pelbagai jenis tumbuhan hiasan yg ditanam oleh ibuku terutama sekali pokok ati2 yg amat kugemari, tetapi pokok orkid Philippine iaitu drp spesis orkid tanah berdaun palma ini jugalah yg begitu menarik hatiku. 


Sedikit informasi yg kuperolehi drp internet orkid philipine merupakan sejenis orkid tanah yang boleh dijumpai di negara2 Asia samada bercuaca tropika ataupun subtropika, pokok orkid tanah ini juga boleh dijumpai di kawasan asia pasifik seperti kepulauan Hawaii, Tonga & samoa, selain drp itu ia juga tumbuh di sesetengah kawasan negara Australia.


Orkid Philippine yg begitu menarik ini telahpun kuambil sulurnya utk ditanam buat kali ke-2. Percubaan pertama gagal krn overdose siram. This time, akanku jaga orkid ni dgn lebih baik lagi & x akan terover siram :p

Link menarik tentang orkid....
 Orchids Care Tips.

My Wonderful time.....Bersiar2 di Pantai Kinarut...

Selamat hari raya Aidilfitri buat semua, sdh hampir 20hari kita semua merayakan hari berbahagia ini....Raya tahun ini kusambut bersama2 dgn family d kampungku :) banyak sungguh kenangan suka-duka terlintas di sanubari bila teringatkan tempatku membesar dahulu. Bila bertemu dgn saudara mara, terutama sekali sepupu2ku yg sama2 membesar, banyak sangat perubahan yg telahpun berlaku, lantas mengingatkanku dgn tempat permainan utama kami iaitu di kawasan pantai. 

Rindu sangat dgn pantai ni, lama dh x jejakkan kaki :)
Melihat mentari terbit di waktu pagi,....

Suasana yang indah & permai, pohon nyiur pun melambai...

Anak-anak seronok bermain pasir...


Memang seronok bersiar2 dgn family pada waktu pagi di tepi pantai, terasa ketenangan alam ciptaan Allah yg maha Esa......