Terima kasih kerana sudi melawat & melayari blogku yang n3nya macam biskut chipsmores hihi...
Nampaknya semenjak beberapa bulan ini, aku agak jarang mengupdate blog, mahupun melayan tanaman2 kesayanganku di laman rumah, ini adalah disebabkan oleh kebanyakan masa lapangku telahpun diisi dengan hobi yang baharuku minati iaitu mengait jarum 1 (crochet), beberapa bulan yang lalu, oleh kerana terpengaruh dengan minat seorang sahabat baik, maka aku terus je cuba2 belajar untuk mengait, pada mulanya niat mengait ini hanyalah untuk belajar membuat kopiah untuk suami, tetapi akhirnya melarat ke topi, beg dan lain2, kebanyakan masa terluangku, kuhabiskan dengan belajar mengait melalui youtube, dan tutor crochet dari youtube yang amatku gemari adalah Yolanda Soto, kalolah dapat belajar secara live kan best hehe...moga2 suatu hari nanti akan kutemukan seorang guru yang boleh mengajarkan aku cara mengait dengan lebih baik lagi. hihi....
Hobi baruku, Mengait satu jarum (crocheting) |
Projek seterusnya, "child's summer hat" hihi... |
Kesian pokok-pokok bunga di laman rumah ni...next time kena seimbangkanlah minatku ini. Kerna bila diingatkan kembali, berkebun adalah hobiku semenjak dahulu lagi, seingatku, ketika berada di tingkatan satu (tahun 1995), hanya aku sahajalah pelajar perempuan yang mengambil subjek Kemahiran Hidup-Pertanian, manakala pelajar perempuan yang lain, kesemuanya mengambil subjek Kemahiran Hidup- Ekonomi Rumah Tangga sebagai subjek pilihan, oleh kerana minatku yang mendalam, banyak kenangan pahit manis ketika berada di kelas yang mana hanyaku seorang sahaja pelajar perempuan di kelas tu. Ketikaku berusia 11 tahun pokok pertama yang kutanam adalah pokok kelapa, & sehingga kini pokok kelapa itu masih hidup dan berbuah, memberikan hasil. Mungkin juga hobi2ku ini kuwarisi daripada ibuku, bila difikirkan kembali, ibuku juga punyai minat yang hampir sama denganku, berkebun dan mengait. Teringatku tentang kata2 ibuku, bahawa bila kita dah menguasai asas mengait ini, kita akan teruja untuk mengait dengan kerap, betul jugalah kata ibuku ini, Disebabkan begitu teruja dengan mengait, hobi lama dibiar-biarkan huhu...
Alhamdulillah, kini aku telah dapat menyeimbangkan kedua-dua minatku ini. Aku kembali membelai tanaman-tanaman hiasan di laman rumah. Antara tanaman hiasa yang begitu mengexitedkan aku untuk menangkap gambar pada waktu malam adalah bunga Moon Vine/Moonflower/Ipomoea alba atau aku lebih senang memangil bunga ini sebagai bunga seri malam. kerna menjelang maghrib kudup bunga akan mula mengembang, dan bauan harum mulai terserlah. Kelopak bunga moon vine berwarna putih dan sebesar tapak tanganku.
Moon Vine/Moonflower/Ipomoea alba di laman rumahku. |
Mengembang penuh pada waktu malam. |
Bunga seri malam yang amatku minati ini, mempunyai jangka hayat yang agak lama, seingatku kumula mencambahkan benih bunga ini yang dibeli dari Seeds Galore, pada awal bulan Oktober 2015, dan sehingga kini sepokok bunga moonvine ini masih lagi hidup dan telahpun berbunga hampir 5kali semenjak ia mencapai tempoh matang. Kuharap agar bunga ini akan terus subur, berbunga dengan lebat dan megharumkan laman rumahku pada waktu malam.
Thanks for reading...