Assalamualaikum & selamat hari Sabtu..
|
Anak mentadak hijau/praying mantis di bawah daun ati-ati. |
Beberapa hari lalu ketika membelek2 pokok ati2 di laman rumah tetiba je aku terserempak dengan serangga berkaki 6 dari keluarga Mantidae ini, ini adalah kali 3 aku terjumpa dengan anak2 mentadak ini, semenjak aku tertarik dengan keunikan serangga ini. Mentadak yang lazimnya ditemui adalah yang berwarna hijau dan perang.
Aku mula tertarik dengan mentadak apabila bersembang2 dengan sepupuku Dayang Norain yang pada waktu itu sedang menyiapkan thesisnya berkenaan dengan serangga ini, dan dia menyatakan bahawa mentadak merupakan pemangsa yang hebat di dalam dunia serangga, lagipun mentadak ini tidak merbahaya kepada manusia, dan terdapat juga mentadak orkid comel yang berwarna merah jambu dan putih.
|
Can you find baby mantis? |
Sedikit informasi mengenai mentadak.
Mentadak merupakan antara serangga pemburu yang hebat di dalam menyerang hendap mangsanya, kaki hadapannya (kaki raptorial) yang bercangkuk telahpun disesuaikan dengan persekitaran, merupakan senjata yang ampuh untuk menangkap mangsanya. Ketika mencari mangsa, mentadak kebiasaannya akan mengkakukan dirinya, & menyamar di persekitaran yang bersesuaian dengan warnanya dan dengan perlahan-lahan akan menghendap mangsanya, dan apabila mangsa tersebut iaitu serangga ataupun haiwan kecil semakin hampir, mentadak dengan sepantas kilat akan menyambar dan akan terus memakan mangsa tersebut, sama ada hidup ataupun telah mati.
Mentadak merupakan serangga yang agak rakus dan memakan hampir apa sahaja serangga dan haiwan kecil yang boleh ditangkap seperti labah-labah, ular kecil, burung, dan serangga-serangga perosak seperti aphids, belalang, ulat, leafhoppers, kupu-kupu, rama-rama, dan cengkerik menjadikannya sesuai untuk dijadikan "organic pest control" tetapi oleh kerana mentadak adalah serangga karnivor, ia turut memakan serangga berfaedah utk kebun seperti kumbang kura-kura dan lalat pencuri, ia juga memakan spesis sendiri (bersifat kanibal terutamanya mentadak betina yang kadangkala akan memakan si jantan ketika atau selepas mengawan, anak-anak mentadak juga akan memakan adik-beradiknya yang lain jikalau makanan sukar didapati ).
|
Mentadak orkid yang sangat cantik (sumber pic mforum.cari.com.my) |
Mentadak orkid/
Hymenopus Coronotus adalah antara mentadak tercantik dan unik yang pernah kulihat secara tak live hehe..kalo dapat lihat live alangkah bestnye...spesis mentadak ini boleh diperolehi di hutan hujan di negera kita dan di Indonesia, untuk lebih info tentang mentadak orkid ini bolehlah klik di
sini.
Sebelum mengetahui tentang mentadak, kusangkakan mentadak ini adalah serangga sefamily dengan belalang, rupanya sangkaanku meleset sekali, kerana mentadak mempunyai family sendiri iaitu
Mantidae, dan pernah jugaku menangkap beberapa ekor anak mentadak sesat di dalam rumah untuk dibela, ada juga kutanyakan kepada sepupuku Dayang Nurain yang pernah membela mentadak, apakah makanan untuk mentadak, dia menyatakan bahawa serangga kecil2 yang terbang seperti nyamuk juga boleh diberikan kepada anak mentadak.
|
Dayang Nurain bersama mentadak belaannya. |
Tetapi memandangkan kurasakan agak sukar untuk mencari makanannya walaupun tak sesukar manapun hehe...maka hanya semalaman je anak mentadak tu kubela, lagipun akuarium plastik empat segi kecil tempatku letak anak mentadak tersebut, menjadi mainan anak-anakku, habis digoncang-goncankan akuarium plastik tersebut tak tahulah kalo anak mentadak tersebut pening2 hehe. Menyebabkan keesokan harinya kulepaskan anak mentadak tersebut di pohon kacang botor.
|
Anak2 seronok melihat mentadak... |
Mentadak juga boleh dijadikan serangga belaan kerana serangga ini bersifat seperti intuitif dan bijak, teringat pula zaman kanak-kanak dahulu jikalau ada mentadak sesat masuk ke rumah, aku dan adik beradik/sepupu akan menangkap dan bermain olok-olok, mengusik mentadak, ayat power time tu "mentadak mentadu macam mana si anu tidur" dan kami akan ketawa beramai2 jika mentadak tersebut membuat gaya ntah apa2 hehe...seronoknya zaman kanak2.. bagi sesiapa yang berminat untuk membela serangga ini, bolehlah klik di
sini.
Tambahkan pengetahuan mengenai mentadak:
1)
Praying mantis
2)
NATURAL PEST CONTROL WITH PRAYING MANTIS
3)
Mentadak orkid
Terima kasih banyak2 kepada Dayang Nurain kerana sudi berkongsi ilmu berkenaan dengan dunia mentadak & terima kasih juga kepada anda kerna sudi membaca :) have a great weekend...