Assalamualaikum,...
Salam Ramadhan buat semua, nampaknya tinggal beberapa hari lagi syawal bakal menjelma, terasa begitu singkat masa berlalu...semoga segala amal soleh yang kita lakukan di bulan yang penuh keberkatan ini diterima dan diredai Allah SWT...
Dalam bulan ini juga, mood utk berkebun sedikit terjejas kerna terasa diri sedikit malas hihi...& aku cuma meluangkan sedikit sahaja masa untuk membelai dan menanam semula tanam2an yang berada di laman, ditambah pulak dengan seranggan drastik dr siput2 kebun esp siput babi yang sungguh mengeramkan, maka banyaklah bunga2an dan sayur2an yang rosak dan mati, terutamannya bunga marigold & anak2 sawi yang baru kusemai.
Namun, syukur Alhamdulillah, bunga2an yang menjadi kegemaranku buat masa ini tetap tumbuh subur & berbunga mekar, walaupun terdapat sedikit seranggan daripada serangga perosak, antara bunga2an yang berkembang mekar pada bulan ini adalah bunga seri pagi Scarlet O'Hara, Chocolate Rose Silk (pemberian Kak Mala,
My Green Eyes) dan bunga seri pagi JMG Akatsuki Tsuyu pink & purple (kubeli dari Mieyza
Seeds Galore).
|
Bunga seri Pagi Scarlet O'Hara, benih pemberian Kak Mala,My Green Eyes..TQSM kak |
|
Bunga Seri Pagi Chocolate Rose Silk, juga benih dari Kak Mala... :D |
|
Menunggu Hari Hujan.. |
|
Mekar indah di bulan Ramadhan... |
Bunga2 Seri Pagi Scarlet O'Hara yang amat rajin berbunga ini, mengingatkan ku kepada wayang lama tahun 1939 iaitu "
Gone With The Wind" di mana heroinnya yg juga merupakan watak utama bernama "Scarlet O'Hara", Adakah nama bunga ini diambil bersempena dengan nama watak tersebut ye? hehe...
just curious to know... :P
|
JMG Akatsuki Tsuyu "Bunga Biru" yg sedang berkembang mekar. |
|
Daun bunga JMG Akatsuki Tsuyu, yg berbelang2, adakah disebabkan serang penyakit daun? any info? |
|
Kembang serentak "Pink & blue"...so Lovely :D |
|
Lovely Pink |
Alhamdulillah...memang seronok menikmati keindahan bunga2 seripagi yang berkembang indah ini, seawal jam 6 pagi bunga-bunga seripagi ini sudah mula melebarkan kelopaknya, hebat sungguh nikmat kekuasaan Allah SWT...
Dikesempatan ini jua, ku ingin memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan buat semua teman blogger & pembaca MWT...Selamat berpuasa dan Selamat hari raya Aidilfirti 2016, semoga bergembira menyambut lebaran nanti....
Thanks for reading....