Friday, March 28, 2014

Bunga Balsam aka Pacar Air kesayanganku :)

Impatiens balsamina/ Impatiens walleriana (garden balsam, garden jewelweed, rose balsam, kamantigi)

Salah satu daripada bunga2 kegemaranku adalah bunga balsam yang jenis renek ini. Bunga balsam yang jenis ini lebih mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang manakala saudaranya pula iaitu 1 lagi jenis balsam yang selalu ditanam dengan menggunakan biji benih tapi aku lagi berminat dengan pokok balsam jenis ini hehe...... Pokok bunga balsam ni pun samalah juga dengan pokok bunga kemunting cina jenis dwarfku, x tahan panas....Pokok bunga balsam ini kuperolehi daripada ibuku yang sememangnya telah lama mempromosi bunga balsam ini untukku tanam, Seingat aku arwah nenekku pernah memberitahu yang daun bunga balsam ni boleh digunakkan untuk mengubati penyakit kurap kuku. Hanya ambik daun bunga pacar air ni, hancurkan hingga lumat & bolehlah dipakaikan di kuku seperti memakai inai. Lakukan setiap hari sehingga sembuh :)....

Bunga2 balsam/pacar air di laman rumahku :)
Bunga Balsam Ungu.

Balsam Merah Jambu.

Bunga Balsam merah.



3 comments:

  1. Wah, cantik-cantik ya balsam Julie. Kak pun minat juga pokok ni. Dia ada macam-macam color ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, macam2 color, suka sangat Julie dgn bunga ni, kakak ada bunga ni yg color jingga tak?

      Delete
  2. Impatiens ni pun comel-comel kasi taman colourful.

    ReplyDelete