Thursday, May 8, 2014

Taiwan Beauty?


Taiwan Beauty/Mexican Heather/colombian waxweed/False Heather/Elfin herb/Cuphea hyssopifolia/Parsonia hyssopifolia.
Aku mula mengenali pokok bunga ini sewaktu di sekolah rendah kerana pokok bunga ni banyak sekali ditanam di tepi2 pagar sekolah (tapi masa tu x tahu pula nama pokok bunga ni).

"Taiwan Beauty Ungu"
"Taiwan beauty?" inilah nama bunga ini, yg ku perolehi  melalui sebuah blog, tapi terfikir juga apa kena mengena bunga ni dengan negara Taiwan?, sedangkan pokok ni asalnya dari negara2 di Amerika Latin seperti Mexico, Guatemala & Honduras hmmmm...confuse juga...


"Taiwan beauty Putih" di laman rumahku.
Tumbuhan ini memiliki bunga2 yang kecil, banyak & comel, disamping pokoknya yang renek & tahan lasak yg boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5meter amat sesuai ditanam di tempat yg terdedah kpd cahaya mentari & separa terlindung, tidak memerlukan penjagaan yg rapi & mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Kebiasaannya warna bunga yg selalu kulihat adalah Ungu, putih & merah jambu muda. Tetapi terdapat juga warna yg xpernah kulihat lagi sebelum ini iaitu kuning & merah. (bestnya kalo dpt tanam :)....

"Taiwan beauty Kuning" sumber dr Internet....

"Taiwan Beauty merah" sumber www.arbolesornamentales.es/Cuphea.htm

Di Brazil, pokok bunga "Taiwan beauty" ini yg juga merupakan pokok herba digunakan utk menurukan paras kolesterol & trigliserida (sejenis lemak dlm tubuh). Manakala di Guyana Perancis pula, batang & daunnya dilumatkan lalu dijerukkan dengan rum utk disapu pada anggota badan yg tergeliat, selain itu rendaman daun pokok taiwan beauty ini juga digunakan sebagai ubat utk melegakan demam menggigil. Terdapat pelbagai lagi khasiat yg boleh diperolehi daripada tumbuhan herba hiasan ini, tapi yg pasti kecomelan bunga2nya sentiasa menarik perhatianku :)









6 comments:

  1. Bercerita pasal pokok ni, kak mula2 tanam tahun 1990. Sorang kawan ajak pergi tengok pokok baru dirumah kawannya - paling comel dan tak pernah lihat katanya - Bila tengok berkenan amat..Pokok tu adalah seciput. Tuan pokok dengan baik hati kerat sikit ja hujung daun bagi kak tanam. Bila masa berlalu dari pengalalman baru kita tahu dan pelajari pokok ini boleh disemai dengan ranting daun nya yang kecil itu. jatuh atas tanah pun kadang2 dia berakar. So mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih utk info kakak berkenaan dgn penanaman bunga mexican false heather ni, Julie pun nak semai banyak jugak...1990 wah time tu Julie still budak2 lagi hihi.....

      Delete
  2. Masa mula pindah dekat Sungai Buloh, teringat kena suruh tanam pokok ini di tepi longkang depan rumah oleh big boss. Masa tu budak hingusan tak tau apa lagi.

    ReplyDelete
  3. subhanalloh... ciptaan Alloh Subhanahuwataala memang tak ada duanya, terbaik!!! :)

    ReplyDelete
  4. Baru tahu ternyata bunga ini banyak manfaatnya ...
    Terimakasih mbak sudah berbagi

    ReplyDelete