Showing posts with label Rumpai Gegiring/Rattlepod. Show all posts
Showing posts with label Rumpai Gegiring/Rattlepod. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Rumpai Gegiring/Rattlepod plants.

Assalamualaikum...

Awal tahun ni seingat aku, suamiku pernah bertanyakan tentang sejenis tumbuhan liar yang masih kecil yang tidak diketahui namanya sedang tumbuh subur di laman tepi rumah. Suamiku memang selalu bertanya jikalau tumbuh-tumbuhan tersebut bukan jenis rumput rumpai yang biasa dipotongnya samada anak pokok tumbuhan tersebut boleh dipotong ataupun tidak, aku segera memberitahunya bahawa jangan dipotong dahulu, kerana berkemungkinan tumbuhan tersebut adalah sejenis herba..beberapa bulan kemudian munculah 3 pokok tumbuh dengan subur. Tumbuhan ini memang sering juga kujumpa di kampungku dan banyak tumbuh meliar di kawasan semak.

Rumpai Gegiring/ Rattlepod plants/ Smooth Rattlebox plants/ Clotalaria pallida

Setelah membuat carian melalui internet, Syukur Alhamdulillah... akhirnya dapatlah jua kuketahui nama sebenar tumbuhan liar ini, iaitu rumpai Gegiring (rujuk kamus Dewan Bahasa), ataupun maybe ada nama lain? boleh share2kan info..thanks...

Sebenarnya memang selalu kutemui rumpai gegiring atau "Rattlepod" ini di kampungku, ketika masih kanak-kanak dahulupun aku dan kawan-kawanku pernah menjadikan buah kacang gegiring ini sebagai alat permainan kerana buahnya yang telah matang akan mengeluarkan bunyi gemeretak apabila digoncang. 

Rumpai dari family Fabaceae (kekacang) ini memang lazim tumbuh di kawasan-kawasan semak, dan kadangkala boleh ditemui di tepi-tepi jalan. Sejenis rumpai yang boleh diketegorikan sebagai tumbuhan herbaceous, kerana memiliki batang tegak separa berkayu dan berbulu. Berketinggian sehingga 2meter. Tumbuhan ini berasal dari negara Afrika, India, China & Asia Tenggara. Memiliki bunga berwarna kuning berbentuk seperti bunga kacang pea, memiliki kelopak yang berjalur-jalur merah serta tumbuh sekelompok menerusi batang bunga yang memanjang di bahagian atas.

Bunga rumpai gegiring.

Oleh kerana rumpai gegiring ini adalah daripada keluarga kekacang, maka daunnya juga memiliki ciri yang hampir sama dengan daun kekacang yang lain iaitu berdaun majmuk, trifoliat, susunan berselang seli, bersaiz sederhana, berbentuk bujur dengan hujung membulat. 

Daun rumpai gegiring.

Buah rumpai gegiring pula berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada coklat pucat ketika telah tua dan akan mengeluarkan bunyi bergemeretak oleh kerana bijinya mudah tanggal apabila telah matang, dari bunyi gemeretak pada buah yang matang inilah rumpai ini digelar "Rattlepod". Saiz kantung buah adalah di antara 3 hingga 4.5cm, memiliki 20-55 biji benih di dalam setiap kantung/pod buah. 

Buah rumpai gegiring

Menurut sumber daripada Lee Kong Chian Natural History Museum, Bunga rumpai gegiring ini dimakan sebagai sayur-sayuran di Kemboja. Biji rumpai gegiring pula akan dipanggang dan diperam untuk dijadikan kopi. Di Vietnam pula, akar rumpai gegiring ini kadangkala akan dikunyah bersama-sama dengan buah pinang. Di dalam perubatan tradisional tumbuhan ini digunakan untuk merawat masalah kencing dan demam. Akar rumpai gegiring juga berfungsi untuk merawat bengkak sendi iaitu dengan menumbuk lumat akar tersebut lalu ditampalkan pada bahagian sendi yang bengkak.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rumpai gegiring ini. Silalah klik:
1) Crotalaria pallida
2) Crotalaria pallida Edible Uses
3) Kamus Dewan-Rumpai Gegiring