Ajuga reptans/ bugle/ blue bugle/ bugleherb/ bugleweed/ carpetweed/ carpet bungleweed/ common bugle - pic by Aunt Emma. |
Syukur Alhamdulillah, sekali lagi buat kesekian kalinya, Aunt Emma dgn baik hatinya memberikan aku anak2 pokok bunga sebagai perkongsian, begitu juga dgn benih2 bunga matahari & alamanda dr Kak Mala, gembira sungguh hatiku, rezeki di kala Ramadhan :) Terima kasih banyak2 Aunt Emma & Kak Mala, semoga luas & berkatlah rezeki mereka berdua.
Bunga yg paling ku sukai dlm banyak2 anak2 pokok & bunga2 yg diberikan Aunt Emma, adalah pokok bunga Ajuga "Bronze beauty" yg begitu menawan pada pendapatku (ketika mula mengenali bunga ini, kusangkakan pokok bunga ini adalah sejenis lavender :p). Sebelum ini aku pernah juga menanam bunga ini, tetapi hanya bertahan selama 6bulan akibat ter'over' siram & kali ini pokok bunga ajuga ini akan kujaga dgn lebih baik lagi :).

Ajuga merupakan tanaman herba berbunga yg berasal dr Eropah. Digunakan secara tradisional sbg teh utk merawat gangguan saluran pernafasan oleh masyarakat Austria. Terdapat pelbagai variasi warna pada bunga ajuga ini spt putih & merah jambu tetapi warna yg paling lazim ditemui adalah biru keungguan spt bunga ajugaku ini :). Warna bagi daunnya pula turut pelbagai, ada yg berwarna hijau, gangsa & juga ungu.
Secara umumnya kebanyakan jenis ajuga hanya mencapai ketinggian sehingga 6-9 inci apabila telah matang. Pembiakan tanaman herba ini adalah melalui keratan batang & juga sulur. Sulur mudah utk dialihkan drp pokok induk utk dibiakkan ketika masih kecil.
Ajuga juga merupakan sejenis tumbuhan yg sesuai digunakan sbg tanaman pengawal hakisan kerana ia mempunyai sistem akar yg luas & mencengkam. Ajuga adalah dari keluarga pudina, yg mempunyai kadar pertumbuhannya yg cepat.
Ajuga "Bronze Beauty" pemberian Aunt Emma. |
Salam Julie. Alhamdulilah dah sampai ya benih tu. Kak tengok pokok ajuga ni ingatka dari spesis misai kucing...
ReplyDeleteWaalaikumsalam warahmatullah Kak Mala, Julie lagilah, ingatkan ajuga ni dari spesis lavender hihi...
Deletesalam aidil fitri, MAAF ZAHIR BATIN
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri Kak Ana, Maaf zahir & batin juga :)
DeleteAjuga bahasa apa agaknya ya.
ReplyDeleteKalo tak silap, bahasa Latin ni kak Diana :)
Delete