Thursday, September 11, 2014

Tetamu di awal pagi ~ Lebah tukang kayu.javascript:void(0);

Assalamualaikum...Minggu ini hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi Pontian, pada waktu petang, namun setiap hari jugalah sang mentari tetap memberikan sinaran rahmat seawal pagi & dikesempatan ini, dapat jugaku merakam gelagat tetamu tetap laman rumah yg telah lama kuperhatikan & memang sangat mengasyikkan melihat mereka iaitu si lebah-lebah tukang kayu, begitu asyik menghisap serbuk sari (pollen) & nektar bunga, terbang dari satu bunga ke bunga yg lain. Kali ini bunga telang menjadi kegemaran utama si lebah2 tukang utk hinggap selain drp bunga mexican petunia dan bunga2an lain yg berada di laman rumahku...

Lebah tukang kayu (Xylocopa Spp) sedang menghisap madu bunga telang.

Lebah tukang kayu sedang menghisap pollen bunga mexican petunia.
Selama beberapa hari  mengamati gelagat lebah tukang kayu ini, terdetik juga dihatiku utk mengetahui jantina lebah2 ini, samada lebah2 yg selalu dtg berkunjung ini adalah jantan atau betina? & lebah ini juga kurang aggresif kerana beberapa kali juga ketika mengambil gambar, lebah ini tdk pun memperdulikan kehadiranku, tetapi sekali dua juga lebah2 ini terbang begitu hampir dgnku & pernah sekali si lebah ini terbang & terus melanggar tanganku, apalagi aku terus panik & melarikan diri hehe...


Memerhatikan lebah tukang kayu.

Sedikit informasi yg kuperoleh mengenai lebah tukang kayu ini, adalah lebah yg selalu dtg bertandang ke laman rumahku itu adalah lebah betina kerana lebah betina senang dikenali dgn kepalanya yg berwarna hitam gelap, manakala lebah jantan pula mempunyai tanda berwarna putih pada kepalanya, & lebah betina juga adalah kurang agresif namun mempunyai keupayaan utk menyengat jika terancam.

Lebah tukang kayu ini mendapat nama melalui sifatnya yg suka menebuk lubang pada batang kayu, papan, beruti, buluh, pokok kering & tunggul kayu utk dijadikan sarang, Lebah ini dianggap sebagai serangga perosak kerana sifatnya yg suka mengorek lubang pada tiang2 rumah, kuda2 rumah & dinding rumah dan akan menjejaskan kekuatan struktur rumah tersebut.

Spesis lebah tukang kayu yg lazim terdapat di negara kita adalah yg berwarna hitam gelap di seluruh badan, dan hitam dgn berwarna kuning di bahagian belakang (seperti lebah tukang kayu yg menjadi tetamu di laman rumahku).

Seperti juga lebah2 yg lain, yg akan mengunjungi bunga2an yg terdapat di sekeliling habitatnya, lebah tukang kayu ini sering mengunjungi bunga2an bersaiz besar & sederhana besar yg terdapat di sekeliling habitatnya disebabkan saiz tubuhnya yg sedikit besar drp spisis lebah yg lain.


Walaupun serangga ini dianggap sbg serangga perosak, namun kehadirannya tetap menceriakan laman rumahku, lagipun serangga ini juga amat membantu di dlm proses pendebungaan :)

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang lebah tukang, sila2lah click:



9 comments:

  1. assalam Julie.. lebah yang sangat rajin kannn.. pagi2 dah sampai laman kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah kak, lebah memang sangat rajin, lagi2lah lebah madu :)

      Delete
  2. salam sis julie,,
    1st time dgr lbh tukang kayu.besar jugak yer lebah tukang kayu ni,,sekali tengok mcm tebuan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah Sis, dulu Julie pun ingat lebah tukang ni tebuan tetapi bila study sikit2 pasal serangga kumpulan himenoptera ni memang terdapat perbezaan antara lebah & tebuan, Kalo sis 'goggle' & tgk badan lebah tukang ni dgn tebuan memang banyak beza, lebah tukang chubby, xde pinggang, tapi tebuan slim & ada pinggang hehe....

      Delete
  3. oh, thank you Julie. Lebah Tukang Kayu. Tak tahu pula nama dia begitu. Kak panggil kumbang hitam ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Kak Mala, Julie pun x pernah nampak lg color hitam pekat secara live, thanks juga utk pic kakak tu, teringin juga Julie nak tengok yg hitam pekat ni hehe...

      Delete
  4. Lebah tukang kayu ni kalau banding dengan lebah lain walaupun besar memang kurang agresif. More gentle. Kalau sini selalu nampak dia suka hisap madu bunga limau kasturi. Rumahnya pula dia tebuk lubang dekat dahan pokok bidara di depan rumah kami memang nampak jadi reput dah tapi itu adalah adat nature. Nak kena toleransi kalau takde dia nanti bunga tak proper pollinate. Lagipun dah tak perlu cari lebah dia dah buat rumah kat area situ.

    ReplyDelete
  5. salam julie,
    tk penah tgk lebah tukang kayu...baru tahu ni...ingat tebuan...
    paling best pic ke2 tu...unik sgt, kepala dia hilang dlm mexican petunia...

    ReplyDelete
  6. The Potential Role of Indoor Plant in Fighting COVID-19 via Regulation of Humidity.Karachi plants The most probable role that plants can play in reducing SARS-CoV-2 transmission is via modulating humidity in the indoor environment.

    ReplyDelete