Tuesday, October 27, 2015

Perosak-perosak tanaman di laman rumahku.

Siput babi/Achatina fulica

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Seperti kebiasaannya, rutin harianku iaitu menyiram & membelek bunga2an & tanaman2 di laman rumahku, namum semenjak dua menjak ini, kuperasan bahawa perosak2 tanaman mulai berminat untuk menganggu keindahan bunga-bungaan dan tanaman-tanaman di laman rumahku, antara yang paling banyak menyerang adalah siput babi, lintah bulan, ulat beluncas, bena, kutu aphid & belalang. Common parasite yg sungguh mengeramkan.

Daun bunga bakawali yg menjadi mangsa serangan lintah bulan.

Anak pokok bunga marigold antara menu kegemaran siput babi.
Anak sawi di dalam pasu turut menjadi mangsa serangan siput babi.

Anak sawi yang rosak.
Pada mulanya kupindahkan anak-anak sawi yang kusemai ke batas, oleh kerana serangan yang teruk oleh siput-siput babi ini, maka kupindahkan separuhnya ke pasu dan kuletak berhampiran dengan beranda rumah, kusangkakan siput-siput ini tidak akan menganggu, namum sangkaanku meleset sungguh apabila anak-anak sawi di dalam pasu di beranda rumah turut diserang. Selalunya apabila kuterserempak dengan siput-siput ini, kebiasaannya di awal pagi, aku akan mengutipnya lalu kubuang jauh-jauh. Oleh kerana hanya sedikit sahaja yang menonjolkan diri, maka aku pun mengambil keputusan untuk meracun sahaja siput-siput ini, walaupun sebenarnya aku tak suka sangat dengan racun-meracun ni.

Apabila sahaja kutaburkan racun-racun siput, pada keesokan harinya, sebanyak 15 ekor siput babi dan siput perang mati tergolek kerna memakan racun-racun yang kutaburkan.

Antara siput-siput babi yang mati diracun.
Setakat ini seranggan siput telah dapat dikurangkan, namun seranggan serangga perosak lain turut merimaskanku terutamanya ulat-ulat beluncas. Aku amat suka melihat rama-rama dan kupu-kupu berterbangan, namum perasaan risau juga turut bersatu, kerana apabila ada rama-rama dan kupu-kupu ini datang sudah pasti serangga-serangga ini akan turut meninggalkan zuriat-zuriatnya di celah-celah dedaun.

Daun pokok lemon yang menjadi serangan ulat beluncas.

Ulat beluncas "Giant Swallowtail"  yang selalu menyerang daun pokok citrus.

Ulat-ulat beluncas kupu-kupu "Giant Swallowtail"
Ulat-ulat beluncas juga turut menyerang tanaman-tanaman di laman rumahku, kebiasaannya aku akan mengutip ulat-ulat tersebut dan akan kubuangkan jauh dari laman rumah. Tak sanggup aku melenyekkan ulat-ulat ini, seperti saranan seorang jiranku dahulu. Teringat aku kata-kata makcik Ratnah "Kalo makcik, makcik lenyek-lenyekkan je ulat-ulat tu"..lucu juga bila teringatkan kata-kata makcik Ratnah tu & sebenarnya aku geli tengok ulat yang lenyek dan aku memang tak sanggup nak melenyekkan ulat-ulat ini hehe..

Daun pudina yang rosak akibat serangan ulat beluncas hijau.

Pokok pudinaku rosak teruk akibat serangan ulat dan belalang.

Serangan ulat beluncas pada daun pokok bunga seri kelambu.

Daun bunga seri kelambu merah jambu yang turut diserang ulat beluncas hijau.

Aphid hitam pada daun ati-ati.

Serangan aphid hitam menyebabkan daun ati-ati rosak dan kering.
Seranggan-seranggan serangga dan haiwan moluska padaku memang sesuatu yang common juga, namun jarang sekali kulat/fungus menyerang pokok-pokok yang kutanam, pengalaman yang agak baru juga bagiku. Bulan lepas aku agak teruja untuk menanam pokok tin, lalu kubeli 2 keratan tut pokok tin, dan dalam beberapa minggu sahaja salah satu daripada keratan tut yang kubeli mulai layu dan akhirnya mati, pabila kucabut keratan tersebut, ternyata terdapat serangan kulapuk/fungus berwarna putih menyerang bahagian akar. Memang agak memfrustkan jugak, bila mengenangkan harga sekeratan tut pokok tin bukannya murah huhu, takpelah takde rezeki la namanya, harap-harap yang sepokok lagi ni akan tumbuh membesar & sihat.

Pokok tinku dalam kenangan.

Kulapuk putih menyerang akar pokok tin.
Terfikir juga apakah yang menyebabkan kulapuk putih ini menyerang akar pokok tin? adakah disebabkan oleh tanah yang terlalu lembab? hmmm...nampaknya ku perlu lebih info lagi berkenaan dengan penanaman pokok tin ini. Ada sesiapa yang punya info/idea/petua tentang cara membasmi perosak-perosak tanaman ini? sila kongsikan idea...

Thanks for reading...

18 comments:

  1. Assalam sis..

    Sama.la kita..pokok pandan wangi dah ada tanda kene serangan yg putih2 tu..hrp dpt diselamatkan...

    ReplyDelete
  2. Assalam sis..

    Sama.la kita..pokok pandan wangi dah ada tanda kene serangan yg putih2 tu..hrp dpt diselamatkan...

    ReplyDelete
  3. Dulu kat kebun bunda ni selalu kena serang ngn siput babi dan ulat beluncas.....sekarang ni yang paling nampak ssngat serangan bena.....

    Tapi pokok lain tak kena....yang paling dia suka pokok mulberry bunda....Bunda dah cantas buang kasi kontot betul2 pokoknya...pastu kasi ubsh sikit tempat nya.

    Mula2 tu bunda ingat dah tak nak membesar dah pokok mulberry ni...mungkin terencat sebab akarnya terusik sebab kena ubah tempat kot...

    Akhirnya alhamdulillah....baru nampak balik tunas2 daun dan buahnya...masih hidup rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita bunda, bena suka sangat serang pokok mulberry, nnti Julie nak cantas kontot2 la ranting2 mulberry ni, terima kasih bnyk2 utk info tu kak...

      Delete
  4. Ulat beluncas tu suka makan daun kunyit kat rumah saya.. . dulu,pokok ati2 saya pun pernah kena serang ngan binatang tu.. ada kawan saya cadangkan sembur dengan racun serangga.. memang berhasil.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kalo ulat Julie x sembur dgn racun serangga, tp aphid, bena, mmg Julie terpaksa guna fumakila h2o, dlu pernah cuba sembur dgn air sabun, habis layu daun2 pokok.

      Delete
  5. samalah masalah kita Julie...ulat belunchas, bena, aphid, kulapuk, siput..sekarang ni kak terpaksa balut kuntum2 rose, kalau tak buat gitu tak merasalah tengok dia orang kembang dek dimakan oleh belalang. Terkini dah habis sepokok jambu madu kena tebang sebab daunnya diserang oleh ulat bungkus beribu-ribu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie geli sangat dgn ulat bungkus ribu2 tu kak...kalo Julie pun mmg Julie tebang pokok tu kak, cabaran seorg gardener hehe

      Delete
  6. Salam kenal. Saya terfikir juga apasal siput babi dipanggil siput 'babi'? Adakah kerana siput ini selalu disumpah serana sebab suka merosakkan tanaman? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga, hihi maybe la kot, sebab siput ni suka sangat merosakkn tanaman haha....

      Delete
  7. Siput babi pun ada banyak di rumah...saya guna racun siput sahaja....

    ReplyDelete
  8. Dah nak masuk musim hujan ni banyak moisture mulalah banyak juga serangga menjelma.
    Ada ayam mutiara sekarang ni boleh nampak kekurangan bilangan pak belalang di kebun.
    Ayam mutiara memang antara hunter terbaik sebab depa tak damage pokok macam ayam kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya la kak kalo boleh bela ayam ni hihi....kalo kawasan laman rumah ni luas mmg Julie nak sangat bela ayam mutiara ni kak, terima kasih bnyk2 utk info tu kak 😊

      Delete
  9. as salam..
    agaknya musim lah ni. tanaman di halaman rumah ky pun semuanya kena serang..

    ReplyDelete