Friday, February 28, 2014

Perfume dimalam hari...


Panas sungguh malam ini, jam menunjukkan tepat pukul 11.00, sambil menjenguk keluar tingkap sambil melihat kelibat suami yang terlupa menutup pintu pagar. tiba2 kuterhidu bau yang sangat wangi, isk....dari mana datangnya perfume bunga malam ni, hatiku berbisik, takkan makhluk dari alam angker kotzzz???.....rupa2nya...................
Bakawali kembang malam.
Alhamdulillah, berbunga juga bakawali ni akhirnya setelah lama x berbunga, suamiku menegur pokok bunga ni sebelum masuk ke rumah, "Kembang dah bunga bakawali tu"..laaa ingatkan wangi apa tadi, ku menyambung kata2 suami, Tanpa membuang masa aku terus meminta pertolongan suamiku utk menangkap beberapa keping gambar pokok bunga bakawali ini utk kenangan :)







Bunga bakawali ni memang sejenis bunga yang agak unik pada pendapatku kerana seperti juga bunga2 kembang malam yang lain, ianya mengeluarkan bau yang agak wangi & hanya kembang pada waktu malam (satu malam je) layu perlahan2 di siang hari. Teringat pula cerita dongeng emak tentang bunga ini yang dikatakan mempunyai penjaga iaitu puteri bunian yang menjaga bunga2 ini ketika berkembang & sanggup emak dan sepupu-sepupunya ketika kanak2 dahulu menunggu bunga ini kembang untuk melihat kelibat puteri bunian yang kata emak, buat penat je tunggu xde pun hihi...macam2 je mitos tentang bunga ini :)













7 comments:

  1. wow! cantik dan banyaknya bunga dia...berbaloi tunggu lama pun. Macamana pokok2 tempohari dah membesar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua pokok2 bunga tumbuh dgn sihat kak, kecuali pokok bunga ros jepun putih yg bunganya besar syiling 50sen tu, mati diserang bena, geram sungguh dgn kutu daun ni...huhu

      Delete
  2. Awat lambat sangat perkenalkan blog Julie ni kt akk. Ish...ish..hehehe. Bagus. Bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan la kak, blog part time je, hehehe....

      Delete
  3. Salam nak beli daun boleh? Email saya nylsabri@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
  4. cantik nya bunga bakawali ni.. berkenan nak buat koleksi pokok bunga di rumah..senang jaga x?

    ReplyDelete