Friday, July 1, 2016

Bunga2 Seripagi Mekar di laman...

Assalamualaikum,...


Salam Ramadhan buat semua, nampaknya tinggal beberapa hari lagi syawal bakal menjelma, terasa begitu singkat masa berlalu...semoga segala amal soleh yang kita lakukan di bulan yang penuh keberkatan ini diterima dan diredai Allah SWT...

Dalam bulan ini juga, mood utk berkebun sedikit terjejas kerna terasa diri sedikit malas hihi...& aku cuma  meluangkan sedikit sahaja masa untuk membelai dan menanam semula tanam2an yang berada di laman, ditambah pulak dengan seranggan drastik dr siput2 kebun esp siput babi yang sungguh mengeramkan, maka banyaklah bunga2an dan sayur2an yang rosak dan mati, terutamannya bunga marigold & anak2 sawi yang baru kusemai.

Namun, syukur Alhamdulillah, bunga2an yang menjadi kegemaranku buat masa ini tetap tumbuh subur & berbunga mekar, walaupun terdapat sedikit seranggan daripada serangga perosak, antara bunga2an yang berkembang mekar pada bulan ini adalah bunga seri pagi Scarlet O'Hara, Chocolate Rose Silk (pemberian Kak Mala, My Green Eyes) dan bunga seri pagi JMG Akatsuki Tsuyu pink & purple (kubeli dari Mieyza Seeds Galore).

Bunga seri Pagi Scarlet O'Hara, benih pemberian Kak Mala,My Green Eyes..TQSM kak

Bunga Seri Pagi Chocolate Rose Silk, juga benih dari Kak Mala... :D

Menunggu Hari Hujan..

Mekar indah di bulan Ramadhan...
Bunga2 Seri Pagi Scarlet O'Hara yang amat rajin berbunga ini, mengingatkan ku kepada wayang lama tahun 1939 iaitu "Gone With The Wind" di mana heroinnya yg juga merupakan watak utama bernama "Scarlet O'Hara", Adakah nama bunga ini diambil bersempena dengan nama watak tersebut ye? hehe...just curious to know... :P

JMG Akatsuki Tsuyu "Bunga Biru" yg sedang berkembang mekar.

Daun bunga JMG Akatsuki Tsuyu, yg berbelang2, adakah disebabkan serang penyakit daun? any info?

Kembang serentak "Pink & blue"...so Lovely :D

Lovely Pink

Alhamdulillah...memang seronok menikmati keindahan bunga2 seripagi yang berkembang indah ini, seawal jam 6 pagi bunga-bunga seripagi ini sudah mula melebarkan kelopaknya, hebat sungguh nikmat kekuasaan Allah SWT...

Dikesempatan ini jua, ku ingin memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan buat semua teman blogger & pembaca MWT...Selamat berpuasa dan Selamat hari raya Aidilfirti 2016, semoga bergembira menyambut lebaran nanti....

Thanks for reading....

Friday, May 13, 2016

Tanaman Hias Pedal Ayam - Iresene diffusa ‘Auro-reticulata’

Pokok pedal ayam/Iresene diffusa ‘Auro-reticulata’ berdaun hijau.
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca MWT..

Aku mulai mengenali tanaman saka jenis renek yang digelar sebagai pokok pedal ayam ini, melalui seorang teman FB beberapa tahun lepas. Akibat terlalu minat dengan tanaman hias Ati-ati, aku mulai mengumpul dan menanam pelbagai jenis ati-ati dan ketika dalam pencarian, melalui sistem barter, kutukar pelbagai jenis ati-ati yang ada padaku kepada seorang sahabat FB yang juga meminati tanaman hias ati-ati ini, antara ati-ati yang kuperolehi daripadanya adalah "Pokok Pedal Ayam" yang diperkenalkan kepadaku dengan nama "Ati-ati pedal ayam".

Setelah berjaya membiakkan pokok pedal ayam yang kusangkakan daripada family ati-ati ini aku pun dengan confidentnya memberitahu sahabat-sahabat peminat ati-ati bahawa ini juga merupakan sejenis ati-ati...hehe..Namun setelah membuat beberapa pemerhatian, terutamanya dari segi pembiakan tanaman ini, apa yang kuperhatikan setelah beberapa lama menanam tanaman hias ini adalah tumbuhan ini tidak mengeluarkan bunga. Tidak seperti tanaman hias ati-ati yang akan mengeluarkan bunga apabila telah matang.
Lagpun batang tanaman hias ini adalah berdiameter bulat, tidak seperti batang ati-ati yang berdiameter empat segi sama. Menyebabkan aku mulai confuse akhirnya membuat carian melalui internet.

Berbatang tegak, berdiameter bulat dan berwarna merah magenta
Syukur Alhamdulillah akhirnya kutemui jawapan bagi persoalan yang membingungkanku adakah tanaman hias ini adalah dari family ati-ati akhirnya terjawab, apabila kutemui jawapan bahawa tanaman hias ini bukanlah serfamily dengan ati-ati. tetapi lebih mirip kepada sayur bayam  (Amaranth Family).

Tanaman hias pedal ayam hijau tumbuh subur di laman rumahku.
Pembiakan tanaman hias pedal ayam ini adalah melalui keratan batang di mana batang tumbuhan hias ini  yang telah matang akan rebah ke tanah dan akan mengeluarkan akar, walaubagaimanapun ada juga di antara jenis yg lain dari family yang sama turut membiak melalui biji benih.

Tanaman hias pedal ayam merah/blood leaf/red iresine/beefstick plants-sumber pic goggle
Salah satu lagi jenis pedal ayam yang lazim ditanam adalah yang berwarna merah, namun setakat ini ku masih lagi belum memiliki tanaman pedal ayam merah ini, ku amat tertarik dengan warna merahnya yang agak menarik! Harap2 suatu hari nanti akan kutemukan jua tanaman hias pedal ayam merah ini.

Thanks for reading....

Monday, April 4, 2016

Lebah2 madu di laman rumah.

Lebah Madu/Apis cerana sedang mengumpul madu bunga Lidah kucing.

Lebah madu & bunga lidah kucing.


Assalamualaikum & selamat pagi...

Sememangnya lebah adalah antara serangga yang amat kuminati, seringkali pabila melihat lebah2 madu ini terbang hinggap ke bunga2 yang ada di laman rumahku ini, aku tidak akan melepaskan peluang jikalau ada masa terluang untuk melihat gelagat lebah2 madu betina ini menghisap polen bunga. Timbul ketenangn di hati melihat makhluk kecil ciptaan Allah ini terbang bebas bekerja setiap hari. Selama ini timbul persoalan di sanubari, kenapakah hati terasa tenang takala melihat sang lebah/burung/ikan berenang di kolam/dll? bagaimana boleh timbul rasa ketenangan itu? Persoalan ini akhirnya terjawab apabila beberapa hari yg lalu ketika menonton satu siaran berunsurkan Islamik di televisyen. Ustaz Ilyas Ismail menyatakan bahaya kenapa kita terasa tenang melihat ikan berenang-renang, kerana ikan itu makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah yang Maha Kuasa, dan sekaligus kita yang melihat makhluk ini turut terkesan dengan kuasa zikir itu. Barulah kufaham kenapa ketenangan itu muncul dikala melihat lebah2 ini, ikan2 yang berenang, burung2 yang berterbangan, dan lain2 makhluk ciptaan Allah yang mempesonakan. Sungguh banyak nikmat yang Allah kurniakan, rezeki berupa ketenangan...SubhanAllah....Hebat sungguh CiptaanMu ya Allah...


..........

Saturday, March 26, 2016

Gardening Vs Crocheting...

Assalamualaikum & selamat siang buat semua pembaca blog MWT ni...

Terima kasih kerana sudi melawat & melayari blogku yang n3nya macam biskut chipsmores hihi...
Nampaknya semenjak beberapa bulan ini, aku agak jarang mengupdate blog, mahupun melayan tanaman2 kesayanganku di laman rumah, ini adalah disebabkan oleh kebanyakan masa lapangku telahpun diisi dengan hobi yang baharuku minati iaitu mengait jarum 1 (crochet), beberapa bulan yang lalu, oleh kerana terpengaruh dengan minat seorang sahabat baik, maka aku terus je cuba2 belajar untuk mengait, pada mulanya niat mengait ini hanyalah untuk belajar membuat kopiah untuk suami, tetapi akhirnya melarat ke topi, beg dan lain2, kebanyakan masa terluangku, kuhabiskan dengan belajar mengait melalui youtube, dan tutor crochet dari youtube yang amatku gemari adalah Yolanda Soto, kalolah dapat belajar secara live kan best hehe...moga2 suatu hari nanti akan kutemukan seorang guru yang boleh mengajarkan aku cara mengait dengan lebih baik lagi. hihi....

Hobi baruku, Mengait satu jarum (crocheting)

Projek seterusnya, "child's summer hat"  hihi...
Berbalik kepada gardening, agak lama jugaku kurang membelai tanaman2 hiasan di laman rumahku, aku hanya menyiram sahaja & melakukan sedikit kerja2 merumput dll, apabila terpandang pasu2 bunga yang dah semak dipenuhi dengan rumput rumpai, oleh kerana cuaca panas kemarau yang sedang melanda negara sekarang ni, kebanyakan daripada tanaman hiasan di laman rumahku perlukan penyiraman yang betul, sebelum kemarau melanda aku dengan malasnya kadangkala hanya menyiram sekali sahaja setiap hari tanam-tanaman ini, namun kerana cuaca yang panas membara ini, penyiraman sebanyak 2 kali sehari amatlah diperlukan, oleh kerana itu aku kembali membelai tanaman hiasan di laman rumahku, hihi...

Kesian pokok-pokok bunga di laman rumah ni...next time kena seimbangkanlah minatku ini. Kerna bila diingatkan kembali, berkebun adalah hobiku semenjak dahulu lagi, seingatku, ketika berada di tingkatan satu (tahun 1995), hanya aku sahajalah pelajar perempuan yang mengambil subjek Kemahiran Hidup-Pertanian,  manakala pelajar perempuan yang lain, kesemuanya mengambil subjek Kemahiran Hidup- Ekonomi Rumah Tangga sebagai subjek pilihan, oleh kerana minatku yang mendalam, banyak kenangan pahit manis ketika berada di kelas yang mana hanyaku seorang sahaja pelajar perempuan di kelas tu. Ketikaku berusia 11 tahun pokok pertama yang kutanam adalah pokok kelapa, & sehingga kini pokok kelapa itu masih hidup dan berbuah, memberikan hasil. Mungkin juga hobi2ku ini kuwarisi daripada ibuku, bila difikirkan kembali, ibuku juga punyai minat yang hampir sama denganku, berkebun dan mengait. Teringatku tentang kata2 ibuku, bahawa bila kita dah menguasai asas mengait ini, kita akan teruja untuk mengait dengan kerap, betul jugalah kata ibuku ini, Disebabkan begitu teruja dengan mengait, hobi lama dibiar-biarkan huhu...

Alhamdulillah, kini aku telah dapat menyeimbangkan kedua-dua minatku ini. Aku kembali membelai tanaman-tanaman hiasan di laman rumah. Antara tanaman hiasa yang begitu mengexitedkan aku untuk menangkap gambar pada waktu malam adalah bunga Moon Vine/Moonflower/Ipomoea alba atau aku lebih senang memangil bunga ini sebagai bunga seri malam. kerna menjelang maghrib kudup bunga akan mula mengembang, dan bauan harum mulai terserlah. Kelopak bunga moon vine berwarna putih dan sebesar tapak tanganku. 


Moon Vine/Moonflower/Ipomoea alba di laman rumahku.




Mengembang penuh pada waktu malam.


Bunga seri malam yang amatku minati ini, mempunyai jangka hayat yang agak lama, seingatku kumula mencambahkan benih bunga ini yang dibeli dari Seeds Galore, pada awal bulan Oktober 2015, dan sehingga kini sepokok bunga moonvine ini masih lagi hidup dan telahpun berbunga hampir 5kali semenjak ia mencapai tempoh matang. Kuharap agar bunga ini akan terus subur, berbunga dengan lebat dan megharumkan laman rumahku pada waktu malam.

Thanks for reading...

Tuesday, October 27, 2015

Perosak-perosak tanaman di laman rumahku.

Siput babi/Achatina fulica

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Seperti kebiasaannya, rutin harianku iaitu menyiram & membelek bunga2an & tanaman2 di laman rumahku, namum semenjak dua menjak ini, kuperasan bahawa perosak2 tanaman mulai berminat untuk menganggu keindahan bunga-bungaan dan tanaman-tanaman di laman rumahku, antara yang paling banyak menyerang adalah siput babi, lintah bulan, ulat beluncas, bena, kutu aphid & belalang. Common parasite yg sungguh mengeramkan.

Daun bunga bakawali yg menjadi mangsa serangan lintah bulan.

Anak pokok bunga marigold antara menu kegemaran siput babi.
Anak sawi di dalam pasu turut menjadi mangsa serangan siput babi.

Anak sawi yang rosak.
Pada mulanya kupindahkan anak-anak sawi yang kusemai ke batas, oleh kerana serangan yang teruk oleh siput-siput babi ini, maka kupindahkan separuhnya ke pasu dan kuletak berhampiran dengan beranda rumah, kusangkakan siput-siput ini tidak akan menganggu, namum sangkaanku meleset sungguh apabila anak-anak sawi di dalam pasu di beranda rumah turut diserang. Selalunya apabila kuterserempak dengan siput-siput ini, kebiasaannya di awal pagi, aku akan mengutipnya lalu kubuang jauh-jauh. Oleh kerana hanya sedikit sahaja yang menonjolkan diri, maka aku pun mengambil keputusan untuk meracun sahaja siput-siput ini, walaupun sebenarnya aku tak suka sangat dengan racun-meracun ni.

Apabila sahaja kutaburkan racun-racun siput, pada keesokan harinya, sebanyak 15 ekor siput babi dan siput perang mati tergolek kerna memakan racun-racun yang kutaburkan.

Antara siput-siput babi yang mati diracun.
Setakat ini seranggan siput telah dapat dikurangkan, namun seranggan serangga perosak lain turut merimaskanku terutamanya ulat-ulat beluncas. Aku amat suka melihat rama-rama dan kupu-kupu berterbangan, namum perasaan risau juga turut bersatu, kerana apabila ada rama-rama dan kupu-kupu ini datang sudah pasti serangga-serangga ini akan turut meninggalkan zuriat-zuriatnya di celah-celah dedaun.

Daun pokok lemon yang menjadi serangan ulat beluncas.

Ulat beluncas "Giant Swallowtail"  yang selalu menyerang daun pokok citrus.

Ulat-ulat beluncas kupu-kupu "Giant Swallowtail"
Ulat-ulat beluncas juga turut menyerang tanaman-tanaman di laman rumahku, kebiasaannya aku akan mengutip ulat-ulat tersebut dan akan kubuangkan jauh dari laman rumah. Tak sanggup aku melenyekkan ulat-ulat ini, seperti saranan seorang jiranku dahulu. Teringat aku kata-kata makcik Ratnah "Kalo makcik, makcik lenyek-lenyekkan je ulat-ulat tu"..lucu juga bila teringatkan kata-kata makcik Ratnah tu & sebenarnya aku geli tengok ulat yang lenyek dan aku memang tak sanggup nak melenyekkan ulat-ulat ini hehe..

Daun pudina yang rosak akibat serangan ulat beluncas hijau.

Pokok pudinaku rosak teruk akibat serangan ulat dan belalang.

Serangan ulat beluncas pada daun pokok bunga seri kelambu.

Daun bunga seri kelambu merah jambu yang turut diserang ulat beluncas hijau.

Aphid hitam pada daun ati-ati.

Serangan aphid hitam menyebabkan daun ati-ati rosak dan kering.
Seranggan-seranggan serangga dan haiwan moluska padaku memang sesuatu yang common juga, namun jarang sekali kulat/fungus menyerang pokok-pokok yang kutanam, pengalaman yang agak baru juga bagiku. Bulan lepas aku agak teruja untuk menanam pokok tin, lalu kubeli 2 keratan tut pokok tin, dan dalam beberapa minggu sahaja salah satu daripada keratan tut yang kubeli mulai layu dan akhirnya mati, pabila kucabut keratan tersebut, ternyata terdapat serangan kulapuk/fungus berwarna putih menyerang bahagian akar. Memang agak memfrustkan jugak, bila mengenangkan harga sekeratan tut pokok tin bukannya murah huhu, takpelah takde rezeki la namanya, harap-harap yang sepokok lagi ni akan tumbuh membesar & sihat.

Pokok tinku dalam kenangan.

Kulapuk putih menyerang akar pokok tin.
Terfikir juga apakah yang menyebabkan kulapuk putih ini menyerang akar pokok tin? adakah disebabkan oleh tanah yang terlalu lembab? hmmm...nampaknya ku perlu lebih info lagi berkenaan dengan penanaman pokok tin ini. Ada sesiapa yang punya info/idea/petua tentang cara membasmi perosak-perosak tanaman ini? sila kongsikan idea...

Thanks for reading...