Sunday, November 23, 2014

Jenguk-jenguk bunga di waktu pagi :)

Minggu ini hampir setiap petang hujan turun dengan lebatnya, menyebabkan aku relax sedikit daripada menyiram bunga2an & tanaman2 di kebunku, tetapi bunga2 yg kuletakkan di beranda rumah perlu juga disiram :p

Pagi tadi ketika membuka tingkap, sekali lagi wangian daripada bunga bakawali menyapaku, begitu harum & segar sekali baunya dtiambah pula dengan segarnya udara di waktu pagi yang berkabus ini, syukur Alhamdulillah sekali lagi si bakawali ini berbunga dengan lebat sekali buat kesekian kalinya (dah banyak kali berbunga)...


Rimbunan bunga bakawali yang harum semerbak.
Love these flowers so much :)
Memandangkan kali ini pokok bunga bakawaliku berbunga dgn lebat sekali, terasa juga nak mengutip bunga2 yang telah layu nanti utk dimasukkan ke dalam masakan sup ayam, menurut ibuku bunga2 bakawali yang telah layu dapat menambahkan kesedapan sup ayam, tetapi setakat ini aku belum berminat nak cuba utk memasukkan bunga2 ini di dalam sup. InshaAllah akan kucuba selepas ini.

Dari melihat keindahan & menikmati kewangian bunga bakawali, kuberalih pula ke kebun kecil sebelah rumah di bahagian hadapan yang menempatkan beberapa jenis bunga2an simple yang kutanaman, sepasu bunga yang ku tak tahu IDnya juga amat kusukai kerana memiliki wangian segar umpama wangian aromatic lemon, yang kutahu tumbuhan berdaun wangi lemon, berbunga ungu ini mungkin tergolong di dalam keluarga herba, pada mulanya kusangka tumbuhan ini adalah herba Self-heal tetapi silap, & IDnya still unknown, ada sesiapa yang boleh membantu?

Purple unknown flower or maybe herbs? ada sesiapa yang tahu IDnya?
Daunnya seperti daun kemangi.
Bunganya yang hanya memiliki 2 kelopak bunga.
Sambil melihat2 bunga2ku yang sedang kembang mekar, terasa seronok & bersyukur juga melihat keindahan alam buana ciptaan Allah yang maha esa ini...

Bunga-bunga kembung selapis, warna Magenta & putih kini menguasai kebun.

Bunga kembunga magenta selapis.
Aku amat tertarik dengan bunga kembung berwarna magenta ini, tetapi setakat ini hanya yang selapis sahaja yang pernah kutemui, ada juga ke magenta double petals ye?

Kembung merah jingga yang sentiasa menceriakan kebunku.
Brown snail garden.
Ketika sibuk menangkap gambar bunga2 tetiba tanpa kusengajakan, aku telah terpijak beberapa ekor siput yang memang dah kiok pun akibat racun siput yang kububuh hari sabtu lalu. Tak sangka racun siput pemberian tuan rumah ini amat berkesan terhadap haiwan molluscs, tetapi hanya siput kebun coklat sahaja yg kutemui mati, siput babi tidak kelihatan pula? hmmm....

Lili hujan turut berbunga pada musim hujan ini hehe..

Beralih ke arah belakang kulihat pokok bunga telang berlapis, turut berbunga dengan meriah sekali, tetapi apa yang membuatkanku tertarik adalah, ada di antara bunga2 telang berlapis ini bertukar warna kepada ungu muda akan lilac tone color? ada sesiapa yang tahu kenapa kadangkala bunga2 di satu2 pokok ada yang berubah variasi warnanya? tidak seperti warna asal?


Bunga telang warna lilac
Beralih ke kawasan beranda rumah pula, kulihat pokok ekor kucingku telah mula mengeluarkan pistillate (bunga pistilat) berwarna merah seakan2 ekor kucing :) bunga yg juga dikenali sebagai "red hot cat-tails" telah lama kuidam-idamkan, akhirnya emakku memberikan sepasu kecil kepadaku, ketika balik kampung dahulu. Kini pokok ekor kucing ini telahpun membesar & mengeluarkan bunga pistilat yg sangat cantik!

Pokok ekor kucing di beranda rumahku.
Bunga ekor kucing yg agak panjang.
Pokok "Party time/Joseph's Coat/Alternanthera ficoidea"
Pokok "Party Time" yang juga merupakan pokok diamanku telah mula tumbuh dengan subur & bertunas2, tumbuhan hiasan yang amat menarik perhatianku kerana warna daunnya, pink & hijau serta berbatang kemerah-merahan, sangat menarik! Antara tumbuhan hiasan yg amat kusukai selepas pokok ati2...

Pokok bunga Marigold yg ditanam melalui keratan batang.
Kulihat juga keratan batang bunga marigold yg kutanam 2minggu lalu, telah menampakkan hasil yg positif, keratan batang bunga marigold ni tidak pun layu ataupun mati setelah hampir 2 minggu berlalu. Harap2 penanaman melalui keratan batang ini berhasil & akan mengeluarkan bunga.

Bersambung di masa2 akan datang hehe...thanks for reading :)

Tuesday, November 18, 2014

My Wonderful timez~ Garlic bread & my Watercolor memories...

Assalamualaikum, Minggu ini hampir setiap hari hujan, & planning nak turun ke kebun asyik tertunda, & petang semalam sambil mengisi masa lapang ditambah pula krn sedikit lapar kuterlihat di atas meja makan beberapa keping roti gardenia yg dah nak hampir tempoh expired, aku lantas mengambil roti tersebut & makan, tetiba terfikir juga nak buat something yg lebih sedap dgn roti ni & syukur Alhamdulillah "Garlic bread" terus menerpa di dlm mindaku :) aku terus tanpa membuang masa membuat resepi garlic bread yg dimodified sikit2 dari resepi asal, yg dah tak ingat tengok dari mana :)

Garlic bread my style :p
Sesiapa yg berminat nak cuba resepi ni bolehlah try, sedap & mudah dibuat.

Bahan2 utk resepi garlic bread..
3 keping roti sandwich putih
1 sudu makan mayonis
seulas bawang putih ditumbuk lumat
sehelai daun sup dicincang halus2
secubit garam & secubit serbuk lada sula.
sedikit parutan keju cheddar.

Cara membuatnya pula just campurkan mayonis, bawang putih, daun sup, garam & serbuk lada sula, kemudian sapukan nipis2 ke atas roti sandwich & lastly bolehlah ditaburkan dgn sedikit parutan keju cheddar. Bakar di dlm oven sehingga keju menjadi perang & bolehlah diangkat & dihidangkan bersama minuman panas kegemaran anda. :)

Ketika menikmati roti garlic keju ini bersama2 dgn anak2 tercinta, tetiba pula teringatkan hobi lama yg dah kulupakan, iaitu melukis, kerana terpandangkan lukisan "Roti" di dinding dapur, yg dah lama kulukis ketika mengikuti kursus melukis tajaan Balai Seni Lukis Sabah dahulu.."whatta feeling". rindu rasanya nak melukis semula...

"Bread in watercolor" lukisan di dinding yg mengamit memori.
Hampir 2 tahun juga aku mengikuti kursus melukis yg diadakan secara percuma setiap hari sabtu & ahad di balai seni lukis Sabah pada tahun 2008-2009, waktu tu aku & sahabat baikku Izzah sangat exited utk melukis, setiap minggu kami akan hadir ke kelas, teringat pula dgn kawan2 & tutor esp Cikgu Mastini yg begitu sabar & komited mengajar kami semua, rindu sangat2 dgn mereka semua :)

Seingat aku ketika mula2 melukis, macam2 tema lukisan yg kupilih, lukisan pemandangan menjadi pilihan utamaku, tetapi asyik fail je, last2 tanpa sengaja kuterpilih lukisan jenis "Still Life" aka "alam benda" dgn media cat air, menurut salah seorg tutorku iaitu Cikgu Ijam, kalo nak belajar melukis dgn bersungguh, kena belajar basic dahulu iaitu kuasai teknik lukisan "Still Life" then bila dah pandai mencampur2kan warna, tahu mana nak letak lighting, shade & lain2 bolehlah move on ke lukisan pemandangan pula" nasihat Cikgu ni tak akan kulupakan. Namun pada penghujung tahun 2009 aku pun stop melukis  kerana berkahwin & berpindah ke Johor.

My watercolor memories...

"Lada capsicum & terung"
"Sebiji tomat"
"Lemiding"
Chilies
Lukisan2ku yg sdh diframekan
Dilukis suka2, malas nak frame..
My watercolor memories...
Pernah satu ketika terasa sangat nak pegang berus lukisan & mewarna semula bila tengok lukisan2 di pameran2 seni yg sering kulawati, tapi dgn semangat yg kengkadang hangat2 tahi ayam, menyebabkan aku hanya melukis ikut mood, lagi2lah sekarang ni, maybe dah keras kot tangan ni nak mewarna & tune pun dah lari huhu...In the future aku berazam ingin melukis semula, sehingga cita2ku utk melukis lukisan pemandangan tercapai..InshaAllah.. :)

Tuesday, November 11, 2014

Small but still charming!







Assalamualaikum...Dah lama tak tengok bunga marigold berkembang di laman rumah, now hari ini, syukur Alhamdulillah sepokok bunga marigoldku jenis sparky (x 100% sure, betul x identiti bunga marigold ni sparky type?) dah pun full bloom...so happy :)

Wednesday, November 5, 2014

Jenguk2 Kebun #2.

Lebah Tukang Kayu sedang menghisap pollen bunga kemangi.
Assalamualaikum, Minggu lalu, ketika mencabut rumput-rumpai yg sdg tumbuh menyemak di kebun kecilku, sambil melihat betapa rimbun & banyaknya pokok2 kemangi/thai basil tumbuh, suamiku bertanya, "kemangi ni tanam banyak2 nak buat apa ye?" aku hanya terdiam sambil memikirkan jawapan, "tanam suka2 je, penarik lebah datang ke mari" aku menjawab sambil tersenyum. Suami hanya menggelengkan kepala sambil mencangkul2 rumpai, Ku akui memang pokok thai basil ni dah pun tumbuh meliar, & kawasan kebun telahpun nampak semak dgn kehadirannya yg tumbuh meliar ditambah lagi dgn rumput2 yg sedia ada. Akhirnya terpaksa juga kucabut beberapa batang pokok thai basil bagi mengurangkan sedikit jumlahnya yg semakin bertambah.

Pokok2 kemangi yg tumbuh subur.
Sememangnya lebah2 tukang amat suka hinggap di bunga-bunga kemangi yg kecil ini, setiap hari ada sahaja kelibat lebah2 tukang ini datang hinggap di bunga2an yg kutanam.

 

Bersebelahan dgn pokok2 kemangi ini, kuperhatikan buah2 pokok basella alba hijau/bayam malabar telahpun mulai masak ranum, & sdh tiba masanya utkku ambil buah2 ini utk dijadikan benih utk diberikan kpd ibuku.

Pokok bayam malabar yg berbuah lebat.

Buah2 bayam malabar yg telah masak.

Buah2 bayam malabar yg apabila dipecit akan mengeluarkan biji benih serta jus berwarna ungu yg tiada rasa.
Beralih ke bahagian hadapan kebun pula, kuperhatikan pokok limau purut yg tak pernah nak berbuah, telahpun berbuah dgn tak lebatnya buat pertama kali. Ntahlah kenapa pokok limau purut ni x mahu berbuah, semak sangat kot dgn pokok2 bunga tasbih yg tumbuh berhampiran.

Buah limau purut.
Ketika sedang membersihkan kebun, tiba2 terdengar suara riuh rendang ayam2 jiran sdg mencari makanan, nasih baiklah kawasan rumah sewaku ini berpagar, kalo tak habislah tanaman2ku dicakar.

Ayam-ayam belaan jiran hanya menjenguk dari luar pagar.
Sambil tu sempat juga kupetik buah2 tomatilo liar yg tumbuh di kebunku, org kampungku mengelar buah ini sebagai buah telepak, ketika zaman kanak2 dahulu, buah ini sering menjadi rebutanku & juga kawan2 utk dimakan, rasa buahnya yg telah masak adalah masam2 manis, Manakala buah yg muda akan dijadikan mainanku & kawan2, di mana buah yg masih muda ini akan kami tiupkan di hujungnya sehingga buah kembang, kemudian diletupkan ke dahi sendiri ataupun kawan2. Teringat pula kenangan manis zaman kanak2 dahulu.

Pokok tomatilo liar.
Buah2 tomatilo yg telah masak.
Dibahagian hadapan juga kutanam pokok2 bunga zinnia yg turut menceriakan kebun kecilku, bunga zinnia juga amat disukai rama2, Seronok tengok bunga2 zinnia ini kembang mekar, menceriakan suasana kebunku. Syukur Alhamdulillah..

Bunga2 zinnia menceriakan suasana.
Zinnia selapis yg sungguh menawan.
Zinnia berlapis yg turut memikat.
Aku turut menanam ros jepun pemberian Kak Mala & tuan rumah serta yg kuperolehi drp kawan2 yg masih kujaga dgn baik, suka sangat dgn ros jepun ni, mudah sangat menanamnya.

Antara ros jepun pemberian kak Mala yg masih terjaga.


Ros-ros jepun kegemaranku..
Bersebelahan dgn kumpulan ros2 jepun, kutanam juga pokok2 kembung generasi kedua, namun kebanyakan drp pokok2 kembung ni kurang berbunga dgn lebat, tdk seperti pokok2 kembung yg kutanam sebelum ini, ntahlah kenapa? ada org cakap yg cara menanamku salah, krn terlalu rapat, hmmm mungkin juga, ada idea?

Pokok kembung yg tumbuh subur tapi x nak berbunga

Thanks for reading... :)

Monday, November 3, 2014

Lebah2 madu di Kebun Kecilku..

Lebah Madu (Apis Cerana) di bunga rumput israil/Asystasia.
Assalamualaikum...Pagi ini ketika sdg menyiram2 tanam2an di kebun kecilku, di satu sudut bahagian belakang berhampiran dgn pokok2 ubi kayu, rumpai liar yg juga digelar rumput israil sudah mula menguasai tempat tersebut, pada mulanya ku tak perasan akan kehadiran lebah2 madu ini, namun apabila kuperhatikan di sebalik bunga2an asystasia yg sdn kembang mekar ini, tetiba muncul beberapa ekor cik2 lebah madu pekerja sdg terbang hinggap dari satu bunga ke bunga yg lain.

Lebah madu asia (Apis Cerana).
Niat di hati nak menebas rumpai tersebut, terpaksa kubatalkan apabila ku terlihat serangga kegemaranku ini, seronok melihat lebah2 ini berterbangan sambil mengeluarkan bunyi "bzzzzzz" dengungannya itu, lagipun lebah2 ini seperti tidak memperdulikan pun kehadiran ku yg juga sibuk menangkap gambar mereka sdg bekerja hehe...Teringat juga komenku ke atas blog kak Diana berkenaan dgn lebah, & aku telahpun memberikan komen bahawa lebah madu tak datang pun ke kebun, hanya lebah tukang kayu sahaja yg kelihatan. Rupa2nya lebah2 ini lebih tertarik dgn madu dari bunga liar ini berbanding dgn bungaan yg kutanam, krn rumput israel ini merupakan tumbuhan native di kawasan Pontian ini & salah 1 drp bunga kegemaran lebah madu, atau mungkinkah juga mereka x nak bersaing dgn lebah tukang yg menguasai kawasan bunga2an di kebunku...ada idea?

Bunga Asystasia gigantica Linn /rumput israil yg menjadi kegemaran Cik lebah madu.
Kalaulah aku ada membela arnab, memang save costlah drp membeli makanan arnab krn rumput ini boleh diberikan kpd arnab. Namun rumput ini perlu juga dimusnahkan krn ku risaukan jg dgn kehadiran reptilia berbisa iaitu ular, jika rumput ini tumbuh makin merimbun. Lagipun rumput ini sangat mudah membiak dgn cara meletupkan buahnya & menyebarkan sejauh yg mungkin & akan tumbuh merata2 di kebunku nanti.


Aku ada juga menanam sejenis lagi pokok bunga asystasia hiasan iaitu Asytasia Intrusa yg mempunyai bunga berwarna ungu terang, yg amat kusukai, menanamnya mudah dgn menggunakan keratan batang & tdk berbiji benih. Namun lebah madu tak pernah pun kulihat hingap di bunga ini.

Asystasia Intrusa.

Bunga Asystasia.
Seingatku, lebah2 madu ini banyak berterbangan hingap di bunga  pokok night blooming kaktus giant di depan rumahku, ketika musim kaktus itu berbunga lebat pada bulan April lepas. Seawal pagi lagi lebah2 madu tersebut datang utk mencari pollen bunga kaktus, & apabila musim bunga kaktus telah habis, jarang kelihatan lebah madu secara berkumpulan hinggap di pokok2 bunga yg kutanam di kebun kecilku, tetapi sekarang lebah2 madu ini kembali semula menceriakan suasan kebun. Alhamdulillah... :)